Boleh Tak Boleh?

Fahmi Fadzil, August 23, 2007

Fahmi, BM, Columns |

boleh
1. dapat, mampu (berkeupayaan)
2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan
(makna perkataan ihsan Kamus Dewan Edisi Ketiga)

Untuk ruangan saya dalam forum minda terbaru kita ini, saya rasa perlu kita kembali mengingatkan diri kita apakah erti kata-kata yang kita gunakan dalam kehidupan sehari-hari. Ini bukanlah satu aktiviti yang membuang masa, sebab di Malaysia kita ini, banyak yang boleh berubah dari fungsi asalnya ke fungsi yang baru, dari makna asalnya ke makna yang baru - satu contoh praktikal: tombol pintu dijadikan tempat sangkut baju; satu lagi contoh praktikal: akronim PDRM berubah menjadi PRDM. Sebab-musabab perubahan ini terjadi menjadi titik kontensi yang perlu kita pupuk, kerana debat dan perbahasan idea itu asas masyarakat progresif.

Yang paling dekat bagi anda-anda yang merenung skrin putih di hadapan anda adalah perkataan ‘boleh’ - yang terselit dalam nama ‘bolehland’ - dan perkataan ini memang hebat didebatkan dalam ruangan media seluruh negara sejak akhir-akhir ini. Nak tak nak, nama Wee Meng Chee akan timbul. Soalan-soalan seperti “Boleh ke budak tu nyanyi macam tu?” dan “Boleh ke dia cakap macam tu pasal orang Islam?” jarang timbul, kerana kebiasaannya ramai di antara kita yang sudahpun menetapkan hukuman sebelum bukti tersusun di depan mata kita. Ini bermakna apa yang timbul dalam hati kita ialah “Budak tu nyanyi macam tu?!” dan “Budak tu cakap apa pasal orang Islam?!?!”.

Perhatikan perbezaan intonasi antara dua set soalan di atas. Hipotesis saya ialah masyarakat kita telah dikondisikan secara rapi sekali untuk tidak membolehkan akal fikiran kita menanyakan set soalan pertama langsung (yang bagi saya belum bernada emosional tetapi lebih rasional berbanding set soalan kedua). Ini berlaku melalui, secara amnya, media massa, tetapi juga kita dikondisi secara rapi sekali dari bangku sekolah lagi. Aliran fikiran berbeza dan alternatif disebat guru besar, dan kalau boleh dibuang sekolah sebelum elemen-elemen kontra ini merebak dan menjangkit murid-murid yang lain dengan cara-cara hedonis mereka.

Bak pepatah Melayu lama, melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Tapi sebenarnya bukan apa yang dilakukan elemen-elemen ini, bahkan Meng Chee, yang menjadi titik konfrontasi dengan penguasa, tetapi idea-idea yang dibawa mereka - iaitu saya boleh menentukan arah hidup saya sendiri dalam Malaysia kita ini - yang dianggap merbahaya kepada kuasa mutlak pihak penguasa. Apabila seseorang penguasa itu tidak diendahkan, maka hilanglah kuasa yang ada padanya. Oleh itu, sekiranya sesebuah pihak telah tidak mengendahkan prinsip ini, maka pihak penguasa mestilah melakukan sesuatu yang drastik untuk memulihkan kuasanya.

Hipotesis saya ialah apa yang ‘boleh’ berlaku/disoal/dilaksanakan di persada awam/publik Malaysia ini didiktat kuasa yang ada di tangan penguasa - dan ini kita sudah sedia maklum. Tapi apa yang kita sering lupa ialah kuasa yang wujud itu tidak wujud tanpa ada orang yang memberikannya. Dalam erti kata lain, kita lah yang melepaskan ‘kuasa’ dan ‘membolehkan’ penguasa berkuasa. Dengan terus berdiam diri dan tidak mengambil posisi yang kukuh dan jelas, seluruh rakyat Malaysia komplisit dalam permasalahan Meng Chee. Saya berkata sebegini kerana posisi kukuh dan jelas yang sedia ada diwaktu ini disuarakan para editor dan spindoctor yang periuk nasinya dijaga pemilik media (yang juga ‘dimilik’ mereka yang berkuasa secara langsung - melalui saham dan melalui lesen penyiaran/percetakan). Suara-suara alternatif, yang tidak semestinya kepunyaan barisan politikus, belum lagi kedengaran.

Tapi, apa yang lebih penting dan utama bagi rakyat Malaysia pada waktu ini ialah mengembalikan semangat ‘boleh’ bertanya, bersoal, dan berfikir sebelum bertindak melulu. Dan apabila ada pihak-pihak yang bertindak melulu, janganlah pula kita ikut perilaku guru besar di sekolah yang ingin kerjanya diringankan dengan membuang pihak-pihak ini dari sekolah, tapi kita perlu menganalisa mengapa mereka bertindak demikian dan mencari puncanya, dan dari situ penawar api yang boleh membakar rumah kita ini boleh dipadamkan.

Ingat kata-kata doktor kita, “Malaysia Boleh.”

Tapi ingat juga, ‘boleh’ untuk apa, untuk siapa? Untuk Malaysia kita bersama.

Comments

2 Responses to “Boleh Tak Boleh?”

  1. nat on August 23rd, 2007 6:29 pm

    i like the differentiation between “Boleh ke budak tu nyanyi macam tu?” and “Budak tu nyanyi macam tu?!” spot on…. :)

  2. Hizami on August 24th, 2007 6:19 pm

    “…mengembalikan semangat ‘boleh’ bertanya, bersoal, dan berfikir sebelum bertindak melulu…”

    Tepat sekali saranan saudara. :)

Leave a Reply




Articles We Like

Khairy’s re-interpretation of Islamic value

BolehGeneral, 22 Feb 2008

By Maverick SM
“Yes, religion is important, but there is no point talking about religion when you cannot develop the people and the state, Khairy Jamaluddin said.
“PAS Tok Guru had run the state for a long time but did not know what was going on as he ‘privatises’ everything to Husam Musa.”
“So Husam is not accountable […]

The 5 stages of grief… getting over Fong Po Kuan

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By TheSilo
Fong Po Kuan decided to break up with us. We sent two of our buddies (LKS and LGE) to go and talk to her to try to get her to change her mind, and it looks as though they did try their best. But she remains firm… she thinks we should just be friends.
When […]

What garbage!

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By Zorro
This from our Prime Minister: (bold, my 2 cents take)
“Please trust us – we are your government. (Not for long we pray.)If you look at the economy, we are doing well. That is a fact proven by figures.(4th floor figures?)But people still claim otherwise because of increasing prices. (which will jettison after elections, unless […]

Roses are sinister, at times

BolehGeneral, 18 Feb 2008

by Maverick SM
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi condemned those Indians who wanted to sent roses to him. He said they are illegals and are holding a Hindraf rally.
So far, we had observed, the prime minister had accepted flowers and roses from Puteri UMNO and some other women.
We don’t know why the prime minister had conjured […]

Would you put your TV and Video Recorder up to make a difference?

BolehGeneral, 12 Feb 2008

By chinhuatw
Not going to take the words of the Devil anymore? But many others would still do.
“So, what difference can you make?” The cynic in you asks.
Making meaningful changes in politics is far more easier and safer than many people imagined.
Here is one way that you can make a difference by staying at home. Your […]

Di Sebalik Pengharaman ‘Islam & Pluralisme’

BolehGeneral, 5 Feb 2008

By Nahdah
Beberapa hari lepas saya terbaca di Mstar bahawa ada 11 buah buku yang diharamkan kementerian. Antara yang diharamkan adalah buku Islam & Pluralisme yang dikeluarkan Middle Eastern Graduate Centre (Megc) karangan Al-Mustaqeem Mahmood Radhi.

Saya berkesempatan membaca buku ini hampir dua tahun lepas, sewaktu saya masih lagi di universiti. Buku ini adalah merupakan kompilasi […]