Isu Perkauman: Sanggupkah Kita Mengambil Risiko?
Dari dulu, saya sering terpanggil untuk membalas pendapat sdr. John Lee :)BolehArtikel terkininya menyentuh atas perhubungan antara rakyat bumiputera dan bukan bumiputera di Malaysia. Artikel yang romantis ini mungkin mencerminkan rasa ramai anak-anak muda di Malaysia.
Saya sendiri mungkin dibesarkan dalam persekitaran yang lebih terlindung. Atas titik peluh ibubapa saya dan keengganan mereka untuk menyemaikan apa-apa perasaan perkauman dalam hati saya semasa saya kecil.
Hasilnya, secara peribadi, saya memahami sepenuhnya, tetapi tidak beberapa berkongsi dengan perasaan sdr. John ni. Walaupun saya tidak sampai rasa seperti negaraku mencintai saya siang malam (kan saya bukan anak tokoh Umno ke apa..), saya tidak beberapa rasa terabai, dipinggirkan, atau dimangsakan.
Jika ini bermaksud saya teramat bertuah jika berbanding ramai anak-anak muda lain, dan harus lebih berterima kasih kepada ibubapa, dengan rela hati sekali saya mengakui dan meluahkan lagi rasa berterima kasihku.
Saya tertanya-tanya pada diri saya: jikalau saya tiada perasaan-perasaan ini di dadaku, adakah saya mempunyai apa-apa tanggungjawab tertentu?
Rasanya, jawapannya adalah ‘ya.’
Pada saya, negara kita tidak mungkin maju selagi orang Melayu sahaja yang mempertahankan hak orang Melayu, orang Cina sahaja yang menjaga kepentingan orang Cina dan sebagainya.
Nada perbincangan sebegini, walau betapa ikhlaspun, akan selalu menghadkan kebolehan kita untuk maju ke depan sebagai suatu rakyat bersatu.
Satu-satu cara berbuat demikian, rasa saya, adalah apabila kita sanggup menjadikan suara bagi mana-mana rakyat yang tertindas - terutamanya yang berlainan kaum.
Hanya ketika kita sanggup berbuat demikianlah, dapat Malaysia tinggalkan sentimen perkauman yang sempit dan mengambil langkah pertama terhadap suatu gagasan rakyat Malaysia yang benar-benar bersatu.
Dari segi praktiknya, saya sebagai seorang Cina harus sentiasa sedia menyuarakan bantahan saya terhadap amalan-amalan tertentu dalam sektor swasta. Contohnya, amalan beberapa syarikat yang tidak menyatakan syarat perlunya kefasihan dalam bahasa Cina semasa mengiklankan jawatan kosong, tetapi tiba-tiba menimbulkan syarat tersebut semasa wawancara. (Pak Bakaq pernah berkongsi sebuah peristiwa sebegini yang amat menyedihkan)
Saya juga perlu membantah sekeras-kerasnya mana-mana amalan di antara peniaga Cina - jika wujud - di mana harga-harga lebih murah diberi kepada pelanggan atau pemborong Cina yang lain berbanding dengan orang bukan Cina. Sebagai contoh, kita juga tidak boleh duduk diam jika, katanya, memang ada pakatan antara peniaga-peniaga kaum tertentu untuk meminggirkan peniaga-peniaga yang berkaum lain.
Dalam isu pendidikan dalam bahasa ibunda pula, apa salahnya jika dalam usaha untuk mempertahankan hak untuk mendidikan anak-anak kita dalam medium bahasa ibunda, kita turut maklumkan kepentingan rakyat Malaysia yang berbilang kaum fasih dalam bahasa kebangasaan?
Adakah ini bermaksud kita boleh abaikan masalah-masalah yang melanda masyarakat kita sendiri? Jawapannya adalah tidak, sama sekali.
Tetapi bayangkan betapa besar kesannya jikalau kita sebagai sekumpulan kecil sanggup memperjuangkan hak rakyat yang berlainan kaum dengan ikhlas dan di depan orang ramai. Wadah masyarakat Malaysia dan perangkap perkauman berpotensi diubah buat selama-lamanya.
Pendekatan sebegini hampir boleh dikatakan sesuatu revolusi. Kemungkinan besar juga, ramai yang mencuba berbuat sedemekian akan dipanggil pengkhianat kepada kaum sendiri.
Tomahan sebegitu saya sedia terima.
Tiada bezanya jika kita berdepan dengan pemfitnah, polis atau hakim - kita selalunya berani kerana benar, dan mereka akan takut jika salah.
Dalam usaha untuk membasmi kejadian perkauman dan mengelakkan timbulnya apa yang dirasai oleh sdr. John daripada dirasai oleh mana-mana anak muda, satu-satunya perkara yang penting adalah untuk berpegang teguh kepada prinsip yang pengasih, adil dan saksama.
Jika kita sanggup menghadapi orang-orang yang berkepentingan dan berfikiran sempit serta sedia memimpin serta memacu perubahan di Malaysia, tak mungkin kita akan gagal dalam usaha untuk memastikan anak-anak kita akan mewarisi sebuah negara di mana rakyatnya tidak lagi mementingkan warna kulit, tetapi isi hati.
Comments
4 Responses to “Isu Perkauman: Sanggupkah Kita Mengambil Risiko?”
Leave a Reply
Bukan pengalaman hidupku yang telah buat aku terasa seolah-olah diabaikan oleh negaraku. Cuma membaca kenyataan-kenyataan hipokrit yang dipilih oleh rakyat untuk memimpin negara ini cukup membuat mana-mana orang yang betul-betul mahu satu bangsa Malaysia (Malaysian nation) rasa kecewa.
Lima puluh tahun selepas merdeka, satu pemimpin rakyat Malaysia boleh kata dia akan menggunakan kerisnya pada warganegara Malaysia - “bathe his keris in Chinese blood”, dalam bahasa Inggeris. Orang ini kemudian kata jangan timbulkan kebencian - “don’t sow hatred”. Apalah ini?
Bolehkah rakyat Malaysia tidak merasai ditolak dan diabaikan sebagai warganegara apabila “Yang Berhormat” kita memanggil kami sebagai “kaum pendatang” yang tidak boleh dihargai? Kemudian, hipokrit-hipokrit ini mengkritik Singapura kerana Singapura tidak cukup yakin dalam semangat patriotik warganegaranya dari masyarakat Melayu. Apalah ini?
Hakikatnya, semua rakyat Malaysia patut rasa kecewa atas kegagalan kerajaan kita untuk membina satu bangsa, satu “nation”, yang merangkumi kita semua. Inilah perasaanku - kecewaan dalam fakta bahawa, mengikut kerajaan ini, walaupun saya memberi seluruh hidupku untuk berkhidmat demi negaraku, saya tetap “kaum pendatang” dalam satu negara yang tidak boleh dipanggil negaraku.
Keluhan saudara John memang pedih dan benar sekali… Sebab itulah semangat yang ditunjukkan saudara Nat begitu perlu sekali di negara kita yang merana ini… Saya bangga kerana setiap kali saya diberitahu bahawa kaum-kaum lain semuanya ingin memusnahkan orang Melayu, saya boleh membalas dengan tegasnya - jangan lihat puak pelampau, tengok sajalah sahabat saya Nathaniel Tan, dan semua yang berpegangan sepertinya!
Ini bukan tangan pendatang, gemar mencetus porak-peranda; ini tangan rakyat setia, cekal membina negara tercinta.
Jika dapat dipupuk semangat yang sama dalam hati rakyat kita, nescaya YB dan pemimpin rakyat yang begitu kejam melukakan hati saudara John akan tumbang jua akhirnya, insya-Allah. Lawan tetap lawan! :)
Despite being Chinese, i spent most of my childhood life with Malays and Indian. I must admit that i have always been proud of being a MALAYSIAN.
Years have gone by since i last left the country to pursue my career abroad. In the past years since Badawi has taken over, i can see how the country has gone down hill in terms of its economy and human rights towards the non Malays. I am still in disbelief in the way the government is inciting racism and hatred amongst its citizens. Many young Malaysians are looking to flee the country and Malaysia is globally infamous for its injustice towards the non Malays / Muslims.
I am very much disappointed with what has become of Malaysia. I love this country and i love my countryman, albeit Malay, Chinese, Indian etc.
I am looking forward to the day when the people of Malaysia will be known as MALAYSIAN, as one nation, and not by its ethnic origins, colours, religions etc.
Malaysia has always been known as the most advance and civilise Islamic country in the world, and its tolerance towards its non-Muslim citizens is worth respecting. By the rate that Malaysia is advancing at the moment, all of the above will become a thing of the past.
I do believe that what the leaders are doing at present is merely an effort to dilute and divert its citizens’ perspectives from the corruptions which are going on internally. We, especially the young ones, should stay strong and fight against any changes which may jeopardise the future of our children and our land, Malaysia.
The people of Malaysia is an asset to Malaysia, our difference in cultures and religions is what made us unique, and we ALL should continue the efforts that ‘Father Malaysia’ has fought so hard for in the past. We MUST stay as ONE, as MALAYSIAN - ‘BERSAMA KITA BERTAMBAH MAJU’.
saya berasa bersyukur telah di lahirkan di bumi bertuah ini dgn dikelilingi pelbagai kaum dgn budayanya yg tersendiri malah saya berasa bangga kerana kami boleh hidup bersatupada tanpa mempersoalkan latar belakang bangsa.malah setiap kali ada perayaan kami merasa seronok kerana saling kunjung mengunjungi di antara teman-teman yg berlainan bangsa.SEMANGAT BERSATU PADU MESTI D SEMATKAN USAH PERSOALKAN TENTANG BANGSA DAN AGAMA YANG PENTING KITA AMAN MERDEKA.KERANA SETIAP ORANG ADA KEPERCAYAANNYA YANG TERSENDIRI YANG PENTING KITA TIDAK MENYAKITI HATI ORANG LAIN INILAH MERDEKA….