Buang negara bangsa untuk nasionalisme yang terluas

Mohd Hafiz Noor Shams, September 10, 2007

BM, Hafiz, Columns |

Sering kali saya terdengar akan keperluan untuk rakyat Malaysia membentuk satu nasionalisme baru untuk mengatasi cabaran masa muka. Dengan mudahnya, nasionalisme ini mengimpikan satu bangsa yang merangkumi semua rakyat Malaysia, di mana semua mempunyai hak-hak yang saksama tanpa pilih kasih. Ramai mengenali nasionalisme baru ini sebagai bangsa Malaysia. Walaupun saya mungkin bersimpati dengan konsep ini berbanding dengan apa yang sedang dipegang oleh pihak yang masih berselindung di dalam sangkar perkauman, saya berpendapat bahawa bangsa Malaysia berada tidak jauh dari tarikh luputnya.

Sebelum kita berbicara tentang mengapa saya berfikiran demikian, kita perlu memahami kenapa bangsa Malaysia lahir. Tidak perlu kita membelek buku-buku sejarah, politik ataupun falsafah untuk memahami perkara itu. Jawapan ringkas tetapi tepat boleh diperoleh dari batu asas kepada pemikiran kenegaraan yang memperjuangkan satu bangsa yang mengandungi pelbagai kaum untuk satu negara; batu asas itu adalah negara bangsa atau nation-state.

Negara di sini bukan yang segera difahami oleh semua. Bahasa Melayu, atau apa yang akan ditegaskan oleh penyorak-penyorak bangsa Malaysia, bahasa Malaysia, atau sekurang-kurangnya pembicaraan popular tempatan yang bersangkut paut tentang kenegaraan gagal membezakan konsep country (negara, negeri atau wilayah boleh dilukis di atas kertas), nation (negara atau lebih tepat bangsa) dan state (negara sebagai satu institusi) secara memuaskan. Kekeliruan ini menjadikan perdebatan tentang negara Islam di Malaysia berganjak satu perkara yang penting kepada satu pertunjukan sarkas yang tidak bermakna. Susah untuk seseorang itu memastikan sama ada penyokong dan penentang negara Islam berdebat tentang Islamic state atau Islamic country. Ini sendiri membuatkan saya duduk jauh daripada perbahasan mengenai negara Islam di mana para pendebat tidak sedar akan perbezaan penting ini.

Kembali kepada perkara pokok, dengan harapan masalah penterjemaah tidak mengaburi apa yang saya mahu sampaikan, negara bangsa mengatakan bahawa sesuatu bangsa, satu kelompok manusia yang berkongsi warna kulit, bahasa, agama atau secara amnya budaya, berhak mentadbir dirinya sendiri. Pentadbiran ini direalisasikan melalui mendirikan satu institusi iaitu negara atau state.

Pemimpin-pemimpin Malaya dan kemudiannya Malaysia sendiri cuba mendirikan negara kita di atas konsep negara bangsa, di mana bangsa itu adalah bangsa Malaya (Malayan) and kemudiannya Malaysia (Malaysian). Bagi negara yang berbilang kaum, pelbagai bangsa, usaha untuk mendirikan satu negara bangsa akan bertemu dengan satu halangan yang besar: ketiadaan satu bangsa organik yang merangkumi semua bangsa; ketiadaan bangsa mengiakan negara yang mengandungi pelbagai bangsa organik; tiada bangsa yang organik yang menerima bangsa Melayu, Cina, India dan “bangsa lain-lain” sebagai anggota dengan yakin.

Mungkin bangsa longgar wujud beberapa dekad setelah imigrasi besar-besaran ke negeri-negeri Melayu serta Borneo berlaku. Pendapat ini bagaimanapun terlampau bersifat subjektif dan sukar dibentuk di dalam minda dengan baiknya tanpa pencanggahan.

Walau bagaimanapun, jika kita lupakan sementara masalah definisi itu dengan semangat pragmatisme, bangsa yang baru itu tidak benama dan hanya dirujuk sebagai satu apabila negara kita terdiri. Dalam usaha untuk mengesahkan negara ini dari pandangan negara bangsa, konsep kerakyatan tidak mencukupi. Keperluan untuk membentuk satu bangsa tiruan wujud atas ketiadaan bangsa organik. Oleh itu, bangsa longgar yang tidak bernama itu mula dirujuk sebagai bangsa Malaysia, semperna negara Malaysia.

Tetapi, falsafah yang diketengahkan oleh negara bangsa berdiri dengan tanggapan yang satu bangsa itu berhak untuk mentadbirkan dirinya sendiri. Soalan yang perlu ditanya adalah ini: perlukan sesuatu negara itu berdiri dengan bangsa sebagai tunggak asas?

Malaysia sendiri berjaya dibentuk tanpa adanya bangsa yang satu. Penekanan terhadap bangsa Malaysia hanya berlaku selepas terbentuknya negara Malaysia. Ini adalah satu tanda yang mengatakan negara bangsa itu tidak menjadi satu syarat dalam pembentukan negara.

Yang lebih ditakutkan, konsep negara bangsa itu sendiri mungkin akan membawa kepada perpecahan negara. Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya tiga bangsa yang berpengaruh. Jika konsep negera bangsa dipatuhi dengan taatnya, lambat laun Malaysia akan terbahagi kepada sekurang-kurangnya tiga negara. Ini belum lagi mengambil kira perbezaan agama yang boleh menjadi asas kepada pemikiran negara bangsa.

Di negara-negara lain seperti Perancis, negara bangsa tidak lagi memainkan peranan utama dalam pentadbiran negara. Malah, Kesatuan Eropah sendiri tidak memerlukan satu bangsa luas untuk mengemudi dirinya ke hadapan. Kesatuan tersebut ada masalah-masalahnya sendiri tetapi perlu diingatkan, pembentukan negara itu sendiri memerlukan masa. Apa yang ingin disampai di sini ialah konsep kerakyatan itu sendiri sudah mencukupi.

Tambahan pula, demografik sesuatu negara sering berubah. Pergerakan manusia serta modal yang semakin bebas sering menukarkan kandungan bangsa sintetik seperti konsep bangsa Malaysia itu sendiri. Apabila kandungan bangsa sintetik itu diubah disebabkan pergaulan di antara bangsa-bangsa organik dan lebih penting, individu-individu, apakah perlu kita mengembleng tenaga sekali lagi untuk mentakrifkan bangsa yang baru? Adakah perlu kita melindungi takrifan bangsa sintetik itu daripada berubah?

Perubahan itu bagaimanapun tidak meminta konsep kerakyatan berubah, jika asas kerakyatan itu bersifat liberal dan buta kepada idea negara bangsa.

Saya sebagai seseorang individu mahu mendekati satu bentuk nasionalisme yang lebih unggul dan luas daripada yang berasaskan negara bangsa. Kita perlu melihat lebih jauh dari konsep bangsa. Ini bagaimanapun tidak bermakna kita harus menghapuskan bangsa-bangsa organik. Kita semua adalah seorang individu dan setiap individu itu berhak menentukan cara hidup mereka sendiri dengan syarat tindakan mereka itu tidak merampas hak-hak yang sama yang dinikmati oleh orang-orang lain.

Sebagai satu negara yang kecil, kita harus cergas menerima apa yang terbaik daripada tamadun manusia. Sudah hilang waktu di mana kita boleh melihat kepada kaum kita sendiri untuk mencari kekuatan. Kita harus menjemput mereka yang ingin berusaha untuk membina kehidupan yang terulung walaupun mereka orang asing. Negara atau masyarakat yang mengandungi individu-individu ini akan menaikkan taraf kehidupan masyarakat itu sendiri. Selamat datang diucapkan kepada mereka yang ingin menyumbang dan sanggup menghormati hak-hak individu terhadap kebebasan.

Nasionalisme saya berkisar kepada pembukaan sempadan kita kepada mereka yang terlatih untuk membangunkan negara. Sebelum itu berlaku, kesaksamaan hak-hak terhadap kebebasan perlu dijamin. Nasionalisme ini perlu melindungi semua dengan sama rata, tanpa mengira kerakyatan. Negara yang menjamin semua ini akan menarik yang terbaik di kalangan manusia dan seterusnya membolehkan kita membina satu tamadun yang hebat tanpa sekatan yang terbina atas nama ketakutan. Konsep negara bangsa merupakan satu sekatan untuk kita maju ke hadapan, jauh meninggalkan yang lain yang masih terkongkong di dalam pemikiran lama.

Saya yakin, inilah nasionalisme yang tertinggi dan terbaik, di mana bangsa itu adalah bangsa manusia. Tidak perlu kita mewujudkan bangsa yang sintetik untuk bersatu. Hanya yang diperlukan adalah kesanggupan untuk kita untuk hormat-menghormati hak-hak asasi individu tanpa memilih kasih.

Nasionalisme yang terluas inilah yang akan mengatasi nasionalisme yang lain.

Baiklah.

Saya mengaku.

Ini sebenarnya menuju ke arah liberalisme.

Comments

5 Responses to “Buang negara bangsa untuk nasionalisme yang terluas”

  1. nat on September 10th, 2007 10:54 am

    baiklah, hang mengaku, aku pun mengaku…

    a) aku sebenarnya universalist jugak.. :P (shh!!)

    b) aku sebenarnya belum habis baca hang punya artikel, hehe…. :)

  2. anak malaysia on September 14th, 2007 5:09 pm

    fantastic article, I agree.

  3. Dr Fakhrul ezam Al-Hafizh on June 21st, 2008 12:06 pm

    Salam.
    Benarkah pernyataan saudara kononya buang konsep negara bangsa akan membentuk nasionalisme yang lebih luas?
    Jika benar begitu, bandingkan konspe negara bangsa Jerman, Indonesia, Thailand dengan masyarakat majmuk di Malaysia?
    Kita jauh ketinggalan. Rakyat kita ramai yang tak nasionalisme ramai juga kurang patritisme. Maka itu haruslah diwujudkan satu pendekatan meMalaysiakan rakyat Malaysia. Proses ini adalah proses membentuk sebuah negara bangsa.

  4. hafiz on August 15th, 2008 3:37 pm

    selagi UMNO menjadi tonggak… cita2 Bangsa Malaysia sukar dicapai!

  5. jue on August 28th, 2008 2:26 pm

    emmm..not bad.

Leave a Reply




Articles We Like

Khairy’s re-interpretation of Islamic value

BolehGeneral, 22 Feb 2008

By Maverick SM
“Yes, religion is important, but there is no point talking about religion when you cannot develop the people and the state, Khairy Jamaluddin said.
“PAS Tok Guru had run the state for a long time but did not know what was going on as he ‘privatises’ everything to Husam Musa.”
“So Husam is not accountable […]

The 5 stages of grief… getting over Fong Po Kuan

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By TheSilo
Fong Po Kuan decided to break up with us. We sent two of our buddies (LKS and LGE) to go and talk to her to try to get her to change her mind, and it looks as though they did try their best. But she remains firm… she thinks we should just be friends.
When […]

What garbage!

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By Zorro
This from our Prime Minister: (bold, my 2 cents take)
“Please trust us – we are your government. (Not for long we pray.)If you look at the economy, we are doing well. That is a fact proven by figures.(4th floor figures?)But people still claim otherwise because of increasing prices. (which will jettison after elections, unless […]

Roses are sinister, at times

BolehGeneral, 18 Feb 2008

by Maverick SM
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi condemned those Indians who wanted to sent roses to him. He said they are illegals and are holding a Hindraf rally.
So far, we had observed, the prime minister had accepted flowers and roses from Puteri UMNO and some other women.
We don’t know why the prime minister had conjured […]

Would you put your TV and Video Recorder up to make a difference?

BolehGeneral, 12 Feb 2008

By chinhuatw
Not going to take the words of the Devil anymore? But many others would still do.
“So, what difference can you make?” The cynic in you asks.
Making meaningful changes in politics is far more easier and safer than many people imagined.
Here is one way that you can make a difference by staying at home. Your […]

Di Sebalik Pengharaman ‘Islam & Pluralisme’

BolehGeneral, 5 Feb 2008

By Nahdah
Beberapa hari lepas saya terbaca di Mstar bahawa ada 11 buah buku yang diharamkan kementerian. Antara yang diharamkan adalah buku Islam & Pluralisme yang dikeluarkan Middle Eastern Graduate Centre (Megc) karangan Al-Mustaqeem Mahmood Radhi.

Saya berkesempatan membaca buku ini hampir dua tahun lepas, sewaktu saya masih lagi di universiti. Buku ini adalah merupakan kompilasi […]