Insiden Nurin: Polis, ibu bapa dan anak-anak
BM, Side notes |
Oleh Nik Nazmi
Semalam seorang rakan dari luar negara bersama saya, dan membelek-belek akhbar tempatan.
Beliau tiba-tiba bertanya, ‘Memang teruk ke jenayah? Begitu banyak berita mengenai jenayah…’
Beberapa hari kebelakangan ini kita dikejutkan berita Nurin Jazlin Jazimin, yang diperkosa dan dibunuh dengan cukup kejam. Apakah dosa anak kecil tersebut sehingga diperbuat sebegitu rupa?
Tetapi ketika ibu bapanya sedang dilanda musibah yang cukup memeritkan ini, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil menyatakan ibu bapa yang cuai di dalam menjaga anak-anak mereka akan dipenjarakan. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pula ingin melaksanakan undang-undang bagi ibu bapa yang gagal menjaga anak-anak mereka dengan baik.
Saya tidak sekali-kali menafikan tanggungjawab ibu bapa dalam hal ini. Siasatlah peranan ibu bapa Nurin, tetapi tak usahlah nak buat kenyataan media ketika Nurin masih lagi baru dikebumikan. Shahrizat mungkin tak sedar, tetapi ramai rakyat Malaysia tidak tinggal di dalam kediaman dengan pengawal keselamatan persendirian. Dulu semua mengharapkan polis untuk menjaga ketenteraman awam, tetapi kini semua sudah tidak percayakan lagi polis sehingga mereka yang mampu berundur di belakang tembok-tembok konkrit.
Tetapi terlalu ramai yang tak mampu berundur ke kubu-kubu tersebut, dan menghadapi cabaran besar setiap hari untuk menjaga anak-anak mereka dan mencari rezeki. Kawasan perumahan hari ini bukan seperti kampung-kampung datuk nenek kita, di mana semua mengenal satu sama lain, kanak-kanak bebas pergi ke mana-mana dengan selamat dan ibu-ibu mampu menumpukan perhatian selaku suri rumah.
Waktu saya di Manila beberapa hari lepas, kami melawat kediaman mewah yang terletak di kawasan perumahan berpagar. Keluarga-keluarga golongan atasan di Filipina semuanya mempunyai pasukan keselamatan bersenjata peribadi - sehingga beribu-ribu pengawal di kawasan mereka. Saya cukup takut sekiranya ini masa depan buat Malaysia.
Ibu bapa ada tanggungjawab, polis ada tanggungjawab dan kerajaan ada tanggungjawab. Semua kena main peranan.
Persoalan yang timbul: adakah bilangan polis kita tidak mencukupi? Atau bilangan polis yang menumpukan masa untuk membanteras jenayah yang tidak mencukupi?
Comments
3 Responses to “Insiden Nurin: Polis, ibu bapa dan anak-anak”
Leave a Reply
memang teruk pun penjenayah ini….mereka semua ini patut pun diberi hukuman yang berat…walaupun umur saya baru 11/12 tetapi saya turut bersimpati dengan kematian nurin dan kehilangan shazlini…setakat ini sahaja yang boleh saya tuliskan pada pagi ini.
saya asyik dok tengok berita setiap hari….setiap bulan pasti kes penculikan akan dibangkitkan semula…penjenayah-penjenayah ini tak ada rasa malu ke?kalau saya jadi penjenayah itu saya pasti akan memberikan diri saya kepada pihak polis kerana saya tidak mahu kanak-kanak hidup dalam dunia yang terancam….sebenarnya umur saya baru 10 tahun…
i krn nak menulis karangan barulah mencari isu ttg ni… namun, hal ini menyebabkan ibu bapa i bimbang apabila i klr dgn fren2 saye….
i turut x faham knp mrk ni kejam?? mrk x ada anak atau adik ker?? tapi saya berharap jika kamu mempunyai apa2 news yg terbaru boleh send kat saya krn saya ni malas tgk surat khabar ….