Kebebasan Media: Ranking Malaysia Menurun, Apa Bakal Respon Menteri?

BolehGeneral, October 18, 2007

BM, Side notes |

Oleh Adihamka

Memulakan penulisan di Aidilfitri dengan pelbagai isu yang menyerabutkan otak untuk dikupas. haha!

Awal bicara, Salam Eidulfitri buat semua.Mohon maaf andai ada mana-mana khilaf dalam penulisan saya sebelum ini.

Saya dikhabarkan isu Zam dan songkoknya begitu hangat dibincang, termasuklah hangatnya rendang ayam dan kuih melayu yang dibawa Dr SMS (sheikh muszaphar shukor) ke angkasa. Sebagaimana kata Ahmad Tajdid melalui tulisan beliau di Harakahdaily dan sahabat saya Zul di blog beliau, satu perkara yang wajar membuatkan rakyat Malaysia berbangga ialah kejayaan produk Malaysia menembusi bukan sekadar pasaran antarabangsa, tetapi pasaran angkasaraya!

chartMembaca berita terbaru di Malaysiakini [Press freedom: Malaysia’s worst ranking ever]dan pautan yang diberikan oleh seorang pengunjung di blog Anwar Ibrahim, reporters sans frontieres [Reporters Without Borders], berita terhangat yang bakal menyaksikan penantian rakyat Malaysia atas respon-respon bijaksana para wazir Malaysia adalah merudumnya kedudukan Malaysia dalam indeks kebebasan media sedunia.

Daripada kedudukan ke 92 tahun lepas, merudum ke kedudukan terburuk dalam 5 tahun, iaitu 124 tahun ini. Dan pastinya ini akan merumitkan lagi ilham Perdana Menteri untuk mencari tarikh sesuai Pilihanraya Umum diadakan.

Tetapi apakah ini akan memberikan impak kepada kepimpinan negara? Jawapan yang pasti akan keluar daripada mereka, “kajian itu adalah kajian luar yang tidak meneliti keadaan sebenar di Malaysia, maka secara automatis ia tidak terpakai dan tidak relevan..”

Saya masih ingat lagi satu ketika dahulu, sewaktu saya mengikuti satu Sidang Parlimen, YB Husam Musa yang pada ketika itu Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian telah mengemukakan satu usul untuk memotong gaji Menteri Penerangan sebanyak RM10, dan YB Husam telah mengambil Laporan Audit Media AC Nielsen yang menunjukkan betapa kualiti semua program RTM, baik berita, program sukan, program hiburan sehinggalah program komedi, RTM adalah yang paling corot.

Dan bagi menjawab usul tersebut, Timbalan Menteri Penerangan pada ketika itu, Datuk Khalid Yunus menjawab dengan mudah. “Kita peduli apa dengan kajian orang?”

Begitu juga saat Reader Digest membuat kajian pada tahun 2006 mengenai kesopanan penduduk di 35 bandaraya di dunia, dan menyaksikan Kuala Lumpur adalah ketiga tercorot,dalam bahasa lain ketiga paling biadap di dunia, apa respon pemimpin Malaysia? Semuanya menyanggah,kononnya itu tidak tepat,tidak betul,dan sebagainya. Lihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang disiar Bernama.

Dan saya fikir, perkara yang sama bakal menanti sebagai respon balas ke atas hasil kajian terbaru RSF ini.

Apa saja yang tidak baik, lebih tepat tidak menepati kehendak halwa telinga pemimpin kerajaan, maka sejauhmana tepat fakta yang dikemukakan pun, ia akan tetap tidak relevan.

Sebab itulah Zam bersungguh mengatakan bahawa ‘tidak perlu nyatakan yang benar kepada PM’, sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini dalam laporannya 12 Oktober lepas [Zam to media: No need to tell PM the truth]:

Zainuddin then explained that Abdullah’s often repeated pledges of “listening to the truth” were only restricted to government officials and Barisan Nasional leaders so as to assist the cabinet in making decisions.

Based on the account by a well-placed source, Zainuddin said Abdullah’s pledge did not mean that the media have the green light to practice unrestrained reporting because certain topics were considered highly sensitive.

Yang penting ia sedap didengar. Ketepikan soal fakta, ketepi soal penyelewengan, ketepi soal penyalahgunaan kuasa. Yang penting ia sedap didengar!

Hatta peguam sendiri berarak menyatakan hak dan pendirian mereka, tetapi dicemuh pelbagai nista. Tidak professional, gila dan sebagainya.

Justeru apalah diharap perubahan dasar dan perlaksanaan penguasa hasil daripada kajian RSF ini? Melonggarkan sekatan media? Saya fikir hentikan sajalah.

Terfikir juga saya. Dalam keadaan mereka berusaha menyembunyikan kebenaran dan menyekat kebebasan media, apakah mereka ini khuatir, kelak kebenaran ini mungkin mengganggu nyenyak PM di kala tidurnya?

Comments

5 Responses to “Kebebasan Media: Ranking Malaysia Menurun, Apa Bakal Respon Menteri?”

  1. Mengapa Indonesia Lebih Berjaya daripada Malaysia (Bagian 2/3): Indonesia Negara Bebas, Malaysia Negara yang Mengekang « Semesta dalam Kata-kata on October 19th, 2007 9:26 pm

    […] Malaysia, kepemilikan saham media massa dikuasai oleh pemerintah, sehingga media massa mengalami kendali dan pengawasan yang ketat. Alih-alih mengkritik kebobrokan struktur di Malaysia, media massa menjadi ajang propaganda UMNO […]

  2. zaza on November 17th, 2007 12:24 am

    ya.. tapi lihat saja hasil dari kebiadapaan media indonesia lantaran kebebasannya?
    mana keamanan?
    mana kedamaian?

  3. Junarto on November 28th, 2007 10:08 pm

    Gesekan sosial kecil ada, tapi secara kesluruhan damai. Jauh lebih baik dariapda awal Reformasi. :D

  4. Mengapa Indonesia Lebih Berjaya daripada Malaysia (Bagian 2/3): Indonesia Negara Bebas, Malaysia Negara yang Mengekang | ..:: Malingsia.com ::.. :: don't Visit Malaysia 2007 -- The Truth Is Out There on December 6th, 2007 3:43 pm

    […] Malaysia, kepemilikan saham media massa dikuasai oleh pemerintah, sehingga media massa mengalami kendali dan pengawasan yang ketat. Alih-alih mengkritik kebobrokan struktur di Malaysia, media massa menjadi ajang propaganda UMNO […]

  5. Semesta dalam Kata-kata · Mengapa Indonesia Lebih Berjaya daripada Malaysia (Bagian 2/3): Indonesia Negara Bebas, Malaysia Negara yang Mengekang on January 23rd, 2008 9:53 am

    […] Malaysia, kepemilikan saham media massa dikuasai oleh pemerintah, sehingga media massa mengalami kendali dan pengawasan yang ketat. Alih-alih mengkritik kebobrokan struktur di Malaysia, media massa menjadi ajang propaganda UMNO […]

Leave a Reply




Articles We Like

Khairy’s re-interpretation of Islamic value

BolehGeneral, 22 Feb 2008

By Maverick SM
“Yes, religion is important, but there is no point talking about religion when you cannot develop the people and the state, Khairy Jamaluddin said.
“PAS Tok Guru had run the state for a long time but did not know what was going on as he ‘privatises’ everything to Husam Musa.”
“So Husam is not accountable […]

The 5 stages of grief… getting over Fong Po Kuan

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By TheSilo
Fong Po Kuan decided to break up with us. We sent two of our buddies (LKS and LGE) to go and talk to her to try to get her to change her mind, and it looks as though they did try their best. But she remains firm… she thinks we should just be friends.
When […]

What garbage!

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By Zorro
This from our Prime Minister: (bold, my 2 cents take)
“Please trust us – we are your government. (Not for long we pray.)If you look at the economy, we are doing well. That is a fact proven by figures.(4th floor figures?)But people still claim otherwise because of increasing prices. (which will jettison after elections, unless […]

Roses are sinister, at times

BolehGeneral, 18 Feb 2008

by Maverick SM
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi condemned those Indians who wanted to sent roses to him. He said they are illegals and are holding a Hindraf rally.
So far, we had observed, the prime minister had accepted flowers and roses from Puteri UMNO and some other women.
We don’t know why the prime minister had conjured […]

Would you put your TV and Video Recorder up to make a difference?

BolehGeneral, 12 Feb 2008

By chinhuatw
Not going to take the words of the Devil anymore? But many others would still do.
“So, what difference can you make?” The cynic in you asks.
Making meaningful changes in politics is far more easier and safer than many people imagined.
Here is one way that you can make a difference by staying at home. Your […]

Di Sebalik Pengharaman ‘Islam & Pluralisme’

BolehGeneral, 5 Feb 2008

By Nahdah
Beberapa hari lepas saya terbaca di Mstar bahawa ada 11 buah buku yang diharamkan kementerian. Antara yang diharamkan adalah buku Islam & Pluralisme yang dikeluarkan Middle Eastern Graduate Centre (Megc) karangan Al-Mustaqeem Mahmood Radhi.

Saya berkesempatan membaca buku ini hampir dua tahun lepas, sewaktu saya masih lagi di universiti. Buku ini adalah merupakan kompilasi […]