Agenda Melayu atau Agenda Malaysia?

BolehGeneral, October 31, 2007

BM, John, Columns |

Pemimpin-pemimpin kita sering merujuk kepada suatu “Agenda Melayu”. Kerajaan tidak pernah memberi kita makna atau definasi frasa ini, tetapi mereka tetaplah kerap menggunakan “Agenda Melayu” dalam retorik mereka.

Menurut Bernama, Naib Presiden Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, telah menyeru agar ahli politik-politik UMNO tidak menyentuh pada isu-isu yang “sensitif” sewaktu Majlis Agung UMNO diadakan minggu hadapan.

Beliau kata: “I hope delegates will not raise issues that touch on racial and religious sensitivities. We have to be cautious, not to be overzealous, as we have to consider the sensitivities of other races while championing the Malay agenda. There are ways in which we can deliver our message in pursuing our agenda without hurting the feelings of others. We cannot use the Malay agenda as an excuse because the BN represents all the people.” (”Saya harap wakil-wakil tidak akan membawa naik isu-isu yang menyentuh pada sensitiviti kaum atau agama. Kita perlu berwaspada, tidak terlalu bersemangat, kerana kita perlu mempertimbangkan sensitiviti-sensitiviti kaum-kaum lain sambil memperjuangkan agenda Melayu. Terdapat cara bagaimana kita boleh menyampaikan mesej kita dalam memajukan agenda kita tanpa menyakitkan perasaan orang lain. Kita tidak boleh menggunakan agenda Melayu sebagai alasan kerana BN mewakili semua rakyat.”)

Tentulah kita semua lega Khairy telah sedar terdapat lebih daripada satu kaum di Malaysia. Kerajaan ini dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia - bukan sahaja rakyat Melayu. Walaupun UMNO merupakan sebuah parti yang hanya terdiri daripada Bumiputra, sebagai parti yang paling berkuasa di Barisan Nasional, ia bertanggungjawab menjaga semua rakyat Malaysia. Wakil rakyat daripada UMNO masih menerima sokongan dan undi daripada pengundi bukan Bumiputra.

Tetapi, walaubagaimanapun (katakan) UMNO sahaja mendirikan kerajaan, dan memimpin negara Malaysia tanpa sokongan MCA, MIC, Gerakan, dan lain-lain, ia masih bertanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia. Ini tetaplah negara Malaysia, bukan negara Melayu. Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada kerajaan Malaysia, bukan kerajaan Melayu.

Yang saya mendapati mencurigakan - apakah itu “agenda Melayu”? Dahulu, retorik-retorik pemimpin UMNO menegaskan bahawa agenda ini adalah suatu agenda yang menujukan konsep Melayu sebagai kaum yang paling berkuasa di Malaysia. Menurut agenda ini, ketuanan Melayu adalah satu hak asasi rakyat Melayu.

Kenyataan Khairy menyokong pendapat yang alternatif - pandangan bahawa rakyat Melayu menerima hak-hak istimewa ini kerana mereka tidak menerima peluang-peluang yang sama dengan rakyat bukan Melayu.

Tetapi kalau ini betul, “agenda Melayu” sebenarnya satu “agenda Malaysia”. Semua rakyat Malaysia rugi kalau satu segmen atau satu bahagian rakyat tidak dapat berkongsi dalam kekayaan negara kita. Kalau 60% daripada rakyat Malaysia adalah Melayu, maka kalau kita tidak memastikan rakyat Melayu dapat peluang yang sama dengan 40% yang lain, kita telah hilang sebanyak 60% doktor, jurutera, ahli sains, arkitek, peguam, dan sebagainya yang kita sepatutnya menikmati.

“Agenda Melayu” menyampaikan mesej bahawa rakyat Melayu lebih istimewa dan patut menerima hak-hak istimewa sebagai satu hak asasi. Tetapi “Agenda Malaysia” menyampaikan mesej bahawa rakyat Malaysia mesti mengakui agar harmoni dan kemakmuran, kita mesti menolong mereka yang menghadapi kekurangan peluang. Yang manakah Encik Khairy mencadang dan menyokong?

Comments

3 Responses to “Agenda Melayu atau Agenda Malaysia?”

  1. nat on October 31st, 2007 6:18 pm

    i’ve said it once, i’ve said it a million times: John keeps trying to put me in jail :P

    aheh..

    but seriously, i prob agree w/most or all of what’s said here, but….. there’s just.. how to say…. political strategems to consider.

    it just doesn’t sound palatable (and is thus prob not sufficiently effective) when non-malays keep harping on these issues.

    just for variety’s sake, my ‘challenge’ to john for his next piece in 2 weeks is to write something about how some malays are marginalised, discriminated against, and get a really raw deal here in malaysia.

    go john! :D

  2. johnleemk on November 2nd, 2007 2:07 pm

    I was about to say “But everyone knows how the Malays get a raw deal…” when I realised that’s a pretty good point, come to think of it. The Malays themselves don’t really seem to realise where best to pinpoint their affirmative action policies. (I don’t think affirmative action is a good idea, but for obvious political reasons, it has to be done, and there are ways to properly implement it…)

    I actually discussed education in the past with this idea in mind, but I don’t think I really made it the focus. The main reason I’ve avoided this topic is (ironically) because I target pro-affirmative action, pro-anti-Malay-poverty (what a clumsy phrase) rhetoric at non-Malays (and thus mainly reserve it for English), and target anti-extreme-pro-Malayism for Malays (thus writing extremely controversial articles in ungrammatical Malay). This has the effect of making everyone hate me no matter who I talk to.

  3. Awang Kata on September 18th, 2008 8:10 pm

    Kalau digelar Agenda Malaysia pun ia tetap berAgenda Melayu. Kerana agenda itu sendiri terikat atau tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan, manakala Perlembagaan Persekutuan itu sendiri pula tertakluk dengan Kemelayuan. Kerana dalam Perlembagaan itu jelas disebut akan Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu, yang sesuai dengan susur galur tanah ini yang bertuankan Melayu. Apa masalahnya dengan nama Melayu. Kenapa bahasa Melayu pun nak ditukar ke bahasa Malaysia kononnya berbau Melayu. Habis! bahasa Inggeris itu tidak pula berbau kaum. Bukankah Inggeris itupun satu kaum/bangsa. Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bersikap kolot apabila mendengar kata Melayu. Yang wajar ialah usah disebut lagi kata Cina atau India, dan cukup disebut bukan Melayu/bukan bumiputera. Konotasi yang berbunyi asing sangat tidak wajar disebut-sebut. China, India tu kan asing…negara asing.

Leave a Reply




Articles We Like

Khairy’s re-interpretation of Islamic value

BolehGeneral, 22 Feb 2008

By Maverick SM
“Yes, religion is important, but there is no point talking about religion when you cannot develop the people and the state, Khairy Jamaluddin said.
“PAS Tok Guru had run the state for a long time but did not know what was going on as he ‘privatises’ everything to Husam Musa.”
“So Husam is not accountable […]

The 5 stages of grief… getting over Fong Po Kuan

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By TheSilo
Fong Po Kuan decided to break up with us. We sent two of our buddies (LKS and LGE) to go and talk to her to try to get her to change her mind, and it looks as though they did try their best. But she remains firm… she thinks we should just be friends.
When […]

What garbage!

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By Zorro
This from our Prime Minister: (bold, my 2 cents take)
“Please trust us – we are your government. (Not for long we pray.)If you look at the economy, we are doing well. That is a fact proven by figures.(4th floor figures?)But people still claim otherwise because of increasing prices. (which will jettison after elections, unless […]

Roses are sinister, at times

BolehGeneral, 18 Feb 2008

by Maverick SM
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi condemned those Indians who wanted to sent roses to him. He said they are illegals and are holding a Hindraf rally.
So far, we had observed, the prime minister had accepted flowers and roses from Puteri UMNO and some other women.
We don’t know why the prime minister had conjured […]

Would you put your TV and Video Recorder up to make a difference?

BolehGeneral, 12 Feb 2008

By chinhuatw
Not going to take the words of the Devil anymore? But many others would still do.
“So, what difference can you make?” The cynic in you asks.
Making meaningful changes in politics is far more easier and safer than many people imagined.
Here is one way that you can make a difference by staying at home. Your […]

Di Sebalik Pengharaman ‘Islam & Pluralisme’

BolehGeneral, 5 Feb 2008

By Nahdah
Beberapa hari lepas saya terbaca di Mstar bahawa ada 11 buah buku yang diharamkan kementerian. Antara yang diharamkan adalah buku Islam & Pluralisme yang dikeluarkan Middle Eastern Graduate Centre (Megc) karangan Al-Mustaqeem Mahmood Radhi.

Saya berkesempatan membaca buku ini hampir dua tahun lepas, sewaktu saya masih lagi di universiti. Buku ini adalah merupakan kompilasi […]