Hindraf menuntut digugurkan hak Melayu?
BM, Side notes |
Oleh Bakaq
Blogger Anuar Mohd Noor mendakwa Hindraf menuntut supaya digugurkan hak keistimewaan orang-orang Melayu. Walaupun saya tidak megah sedikit pun dengan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu yang didakwa telah banyak dikhianati, dirogol dan diliwat oleh kerajaan yang berkuasa, tetapi jika benar dakwaan Anuar itu, mudah-mudahan ia tidak mencetuskan api yang lebih besar.
Saya bimbang Khairy Jamaluddin dan Pemuda Umnonya akan semakin ketagih untuk menjadi hero Melayu tak tentu fasal.
Saya tidak berminat untuk mempersoalkan sama ada Anuar ikhlas atau tidak. Oleh kerana sejak kebelakangan ini Anuar sering dikaitkan dengan Khairy, saya harap pendedahannya ikhlas. Bukan satu muqaddimah untuk melepaskan binatang yang buas.
Dengan modal lapuk dan klise untuk mempertahankan kepentingan Melayu yang sering didakwa telah jenuh dikhianati, dirogol dan diliwat oleh Umno, saya juga bimbang perhimpunan Hindraf itu juga akan menjadi modal besar Umno dalam pilihan raya akan datang untuk mengajak mereka yang mudah ditipu dan diperbodohkan supaya memberi mandat yang lebih besar kepada kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kononnya hak Melayu sedang diancam dan Umnolah penyelamatnya.
Media massa akan digunakan habis-habisan untuk mencanakkan imej Umno sebagai pejuang kepentingan Melayu. Hak-hak orang Melayu akan dibising-bisingkan sedang diancam dengan tuntutan supaya dihapuskan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Umnolah pembela utamanya.
Saya tidak peduli apa pandangan orang-orang bukan Melayu. Negara ini negara demokrasi. Mereka berhak melakukan apa sahaja yang dijamin oleh perlembagaan negara ini termasuk menyuarakan pandangan mereka mengenai apa yang mereka sangka sebagai hak-hak keistimewaan Melayu.
Tetapi saya mahu orang-orang Melayu tahu bahawa apa yang disebut sebagai hak-hak keistimewaan Melayui itu kini bagaikan sundal tua yang hampir hancur dilacurkan. Memang, Umno bukan sahaja sering didakwa mengkhianati, merogol dan meliwat hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu, malah sering didakwa dengan penuh rakus menyundalkan hak-hak yang hampir kesemuanya menjadi sejarah itu.
Tak perlu terlalu banyak contoh. Bacalah pendedahan Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris). Menurut ProWaris, “Akta IRDA 664 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mengenepikan hak bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan raja dan negara”.
Lebih dari itu, seperti yang didedahkan oleh blogger Tun Telanai, pengambilan tertinggi tanah rezab Melayu yang tidak diganti begitu berleluasa. Di Kuala Lumpur, daripada 1067.5 hektar keluasanan sebelumnya pupus kepada 787.1 hektar pada tahun 1995. Diikuti Kedah, hanya tinggal 820.6 hektar pada tahun 1995 berbanding sebelumnya 964.9 hektar. Selangor memiliki 173,599.16 hektar berbanding sebelumnya sebanyak 181,658.62 hektar. Tanah rezab Melayu di Pulau Pinang, kesemuanya 67,410 ekar pada tahun 1975 atau 34% daripada seluruh tanah yang didaftarkan telah menurun menjadi 31,815 ekar pada tahun 1985.
Menurut Tun Telanai lagi, Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan. Dua perkara besar menyebabkan hak milik tanah rakyat tidak terjamin. Pertama, kerajaan mempunyai kuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-mana mahkamah. Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing.
Sebelum akta tersebut dipinda, kerajaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengambil tanah-tanah tersebut kecuali untuk kemudahan awam, sekolah dan hospital.
Semua itu berlaku di bawah kerajaan yang dikepalai Umno. Umno boleh mendakwa ia tidak terlibat dengan pemusnahan hak milik orang-orang Melayu ke atas tanah-tanah rezab itu. Tetapi, sebagai parti yang mendakwa mempertahankan hak orang-orang Melayu, apa yang Umno buat untuk menghalang pengambilan tanah-tanah rezab Melayu itu?
Saya ulangi lagi, saya tidak megah dengan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu. Tetapi, mengambilkira apa yang berlaku di Palestin, saya amat sensitif dengan tanah rezab Melayu. Adakah Umno tidak terlibat mengkhianati, merogol, meliwat malah menyundalkan hak-hak yang hampir kesemuanya telah menjadi sejarah itu?
Saya masih boleh menerima jika orang-orang Umno generasi pertama menggelar diri mereka sebagai pejuang hak-hak Melayu walaupun kerana hak-hak Melayu itulah Allahyarham Tan Sri Asri Haji Muda dan Pas ketika itu berperang sakan dengan Umno. Mungkin juga ada sisa-sisa pejuang Melayu di dalam Umno, tetapi mereka tidak akan merasa menjadi pemimpin malah akan pupus dua tiga hari lagi.
Kalau yang melalak dalam perhimpunan-perhimpunan Umno itu, sehalus habuk pun saya tidak percaya mereka pejuang kepentingan Melayu. Suka hati hang nak junjung keris berapa kali pun walaupun sehingga tangan hang berbau keris dan keris juga busuk dengan bau tangan hang.
Orang-orang Melayu, sedarlah! Orang-orang bukan Melayu menjerit-pekik membantah hak-hak keistimewaan Melayu. Apa hak istimewa yang kita ada? Yang ada hanya hak-hak keitimewaan Umno. Itu pun tidak termasuk Umno yang menyokong bekas presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Comments
19 Responses to “Hindraf menuntut digugurkan hak Melayu?”
Leave a Reply
fakta yang terlalu membeci kepada orang menyuap kemulut sendiri…nasib lah bangsa melayu seperti kitol
harap semua masyarakat india mendapat hak yang sama
Hai …
Saya sama sekali tidak setuju yang perhimpunan HINDRAF mengugat hak keistimewaan orang Melayu… Kita sudah hidup bersama lebih dari 100 tahun ..Kami hanya mahu kaum India ini DILAYAN seperti orang Malaysia..bukan pendatang haram. Jangan jadikan in soal perkauman.Tidak Kira Melayu , Cina ataupun India. Kita anak Malaysia jadi biarlah kita berfikiran terbuka. Jangan kita termakan kata orang yang tidak tahu adat bersatu padu….
Anak pertiwi
memang tak salah perhimpunan HINDRAF. cuma apa yang hindraf masukkan dalam Memorandum pada 15 NOV 2007 sangat menyakitkan hati orang - orang melayu. Saya rasa orang2 india yang hadir pada Hindraf rally 25 NOV 2007 itu sendiri tidak pasti apa isi kandungan yang dipohon oleh HINDRAF. Tuduhan seperti Ethnic Cleansing (pembersihan Ethnic)oleh orang melayu dan pengganas Melayu Islam (Malay Muslim Terrorist) dan beberapa perkara yang tidak boleh diterima. Sedangkan kuil yang dirobohkan ada kuil haram dan dirobohkan oleh majlis pembandaran.. mengapa hindraf tidak quote hanya majlis pembandaran tetapi melabelkan orang melayu yang menghapuskan kuil india… kalau hindraf jujur lebih elok jika diletakkan perkataan “Majlis Pembandaran Menghapuskan Kuil - kuil HARAM hindu di Malaysia” Adakah Hindraf berani?
I think a lot of people is not understand what is HINDRAF doing that they are submitting the petision to British goverment about the INDIAN that has been left out based from the agreement that made before the MERDEKA and after the MERDEKA there is nothing happen.WE are Malaysian that should have same right…
Apa salah kalau hak keistimewaan dihapuskan ?
Apakah kita perlukan tongkat (hak istimewaan) sampai ke anak cucu kita ?
kita perlu menyahut cabaran ini.. kita boleh hidup tanpa tongkat.. kita boleh hiduo tanpa hak hak keistimewaan dan hak bumiputra…
Tongkat ini ada dlm perlembagaan & perlembagaan dibentuk berdasarkan konsesi perjuangan di Malaysia yang didominasi oleh perjuangan bangsa ketika menjelang merdeka.
Rujuk artikal saya, “isu diversiti & realiti sejarah demokrasi di Malaysia” di blog saya.
Tidak semua masyarakat di Malaysia Cauvinisme @ Racisme.
http://zainulfaqar.wordpress.com
Bumiputra rights is like subsidi to the Malays.Stand-up and walk proudly with other races in Malaysia. I’m sure they are also capable as other races. Level the playing field. Until when you want to be called as subsidi race. Are other races not Malaysians ? Anybody who work hard can achieve success. Take the challange!!
assalamualaikum.
saya sedih dengan apa yang berlaku sekarang. ada orang Melayu sendiri yang mempertikaikan hak keistimewaan mereka sendiri. Kaum India yang mengatakan mereka ditindas.Kuil-kuil mereka diroboh. And also the ethnic cleansing stuff. As for the temples I tend to agree that they built them illegally in the first place. that gives the local government with no option but to tear them down. I still remember in the 70’s some Indian folks tried to erect a small temple in a malay village where there are no Indians! simply because a holy man had a vision that one of their gods has ask him to do so. But fact is they has already erected it. Sapa tak Marah bang. Saya banyak kali lalu di sekolah-sekolah rendah tamil. kebanyakan bangunannya besar-besar dan baru tapi bilangan murid berapa sangat. Rakan-rakan dan jiran-jiran india saya semua sekarang rasa tak berapa selesa. Malu-malu nampak serba salah.., saya kesian kat mereka. Orang melayu pun terlalu alpa sangat. Always relying on the government to hand feed them. Most of them are still in a slumber well some us got to them the fact if this continues the pillow will one day pull away from their bloody head. saya bukan kaki ampu tapi saya inginkan kedamaian.
Hindraf tidak menuntut supaya digugurkan hak keistimewaan orang-orang Melayu tetapi ingin kongsi bersama semua kaum di malaysia sebagai anak malaysia.
rakyat boleh menerima anak warga Indonesia sebagai menteri besar mereka, kami yakin rakyat negara ini sudah bersedia untuk berkongsi bersama hak mereka dengan kami.
Kami tidak ingin merampas hak orang melayu tetapi pada masa yang sama kami tidak akan berganjak untuk melepaskan hak kami sebagai anak lahir di muka bumi malaysia yang aman dan makmur ini.
saya sebagai anak malaysia bangga dengan bangsa malaysia dan bukan nya bangsa melayu ke cina ke india…tidak
tolong la kawan kawan semua dame the politik let us all be friends..
saya adalah bangsa malaysia….bukan melayu ke india ke atau pun cina
love malaysia………i will die for malaysia but not for this politic shit
ini hanyalah propaganda umno yang sudah kehabisan modal bagi menghadapi pilihanraya.Pertamanya untuk menunjukkan bahawa tindakan rakyat berhimpun di jalanan boleh menimbulkan kucar-kacir,
susulan dari kejayaan perhimpunan BERSIH.
Apabila HINDRAF pula berhimpun mereka akan menuding jari bahawa budaya berhimpun adalah terlampau buruk dan anwar ibrahim bakal dituduh
sebagai trendsetter bagi budaya ini..propaganda murahan parti racis umno dengan hulubalang PEKIDA / gerak gempur UMNO bagi memenangi kembali
hati melayu. Harap India / cina dll berfikiran waras, ini bukan soal perkauman. ini adalah mainan politik umno.Diharapkan kita bakal hidup aman selamanya….
Its time we all stop calling ourselves as Malays..chinese or INdians..we are all malaysians.The dumb government keeps instigating racial issues till today.All that is happening is their fault.If they started abolishing the necessity to include our race and religion in registration forms,I dont think it will all come to this.
salam….
Hidup Melayu!!!!!!!! Takkan Melayu Hilang di dunia……Indians brought to Tanah Melayu, accorded citizenship privileges right….you are not deprived of your citizenship. In fact you are better in Tanah Melayu tahn in other part of the world. Sri Lanka? India? Tell the world where you can get all the wealth in excepy in Tanah Melayu. Your forefathers fought for independence, We saluted & appreciated. In fact we praised them as national warriors. Tun Sambanthan, heroic example!!!
Hak orang Melayu? Tanah Melayu hak orang Melayu. As a rule Tuan Tanah patut di beri hak yang lebih kan? Contoh, A ada tanah, B sewa nak tanam lada. A of course akan letakkan beberapa syarat utk menjamin hak dia sebagai Tuan Tanah tak terjejas kan> Takkan A nak bagi kat B ” you buatlah apa saja yang you mahu kat tanah I” sound stupid kan?
Tahukah kamu (org melayu & bukan melayu) akan pengorbanan dan perjuangan Pahlawan Melayu spt Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Penghulu Naning Dol Said, Datok Maharajalela, Seputum dan ramai lagi? Mereka gugur sebagai pejuang kemerdekaan Tanah melayu daripada penjajah British? Tapi adakah jasa mereka dihargai sekarang? TIDAK kan
Bersamalah kita bersatu padu. Hidup Tanah Melayu. Tengok cerita Senario Lang Buana? ingat dialog ” Hidup Melayu, Hidup India, Hidup Cina”….semua mesti hidup maaaa
salam…peace
I think that the Malays should remember what was happen to our Bangsa during colonialisation period. My gen came from Patani, South Thailand. As you know, the malays in Patani still fight with the Siamese Government. The reasons why the Patani Malays fight with the Siam until now? Because there are no harmonies between the races who are staying in Thailand. But in the Malaysian context, the Indian (specifically) should be grateful people and not to be stupidfull people. You should remember that if your gen are not came to Malaysia during British Period, you are still in the lowest kasta (paria). But in Malaysia, the Malaysian government never to practise that the social hierachy. Did you remember what happen in Fiji. When the Fijian Bumiputra (sons of soil) are not satisfied with the Indian race in Fiji, the riot and assasian of Indian was done. Do you want to be like that? The Indian must live together with other races in Malaysia. The Malays even the chinese are not disturb what the Indian did. We respect to all of you. Because the government demolish your temple, you be more aggressive. Hey man!!! Not only the temple, but mosques, churches and other worship buildings also demolished by the government to allows the development projects to give comfortability to us on the future. We accept the government plan but I think the government repalced a new land and the compensation in order to construct the worship building. Please don’t be a stupid race in Malaysia. We should grateful because we are staying in harmony country. Have you see what happen in India now? The poverty, lower income, no permanent dwiling, foods and other? It that happen in Malaysia. Please Hindraf, dont trying play with fire. The Malays never close his mouth… You should remember this word, “the Malays will not vanish from the world”.
Sekarang ni dah 50 tahun Malaysia Merdeka dengan raykat yang berbilang kaum hidup harmoni. Melayu, Cina dan India hidup dibawah satu pemerintahan. Semuanya mempunyai hak masing-masing dan orang melayu ada hak keistimewaannya sendiri keran Malaysia asalnya dari Tanah Melayu. Jadi tek perlu lah nak digembar-gemburkan perkara remeh temeh yang akan menggugat keharmonian negara ini. Kalau rakyat India atau Cina fikirkan dengan logik, jika mereka berada dinegara India atau China adakah negara tersebut akan memberi hak yang sama kepada bangsa lain yang berada di negara meraka??? Jadi kita fikirkan sebaiknya… apa yang kita bimbangkan perkara yang berlaku ini hanya satu cara seseorang manusia itu hendak mendapat tempat untuk kepentingan sendiri.
Jadi jangan melatah dengan fitnah yang menampakan macam hendak merosakan keharmonian kita rakyat Malaysia. Kepada semua rakyat malaysai samada Melayu India dan Cina, fikirkan apa baiknya memperbesarkan perkara yang kecil yang ada motif politik orang lain.!!!! Kita diberi pelajaran untuk berfikir…jadi fikirlah sedalam-dalamnya. Jangan jadi pak turut saja, hanya nak tumpang glamour!!!
Semoga Malaysia terus makmur dan aman!!!!
Jika Hak Keistimewaan Melayu ini disalah-gunakan lalu menyebabkan kemunduran kaum Melayu dan menggugat pembangunan negara, patutkah Hak ini dipertahankan semata-matanya?
Pernahkah kita memikirkan alternatif yang lebih berkesan dan tidak memerlukan diskriminasi antara rakyat Malaysia sendiri.
Friends….my malay brother hood…Well Malaysia is a wonderful country…I can’t accept the fact that some of they malay friends treat the indian ethinic who were born here as a foreigner…why you all ask us to go back to India…common guys we have nothing to do wit India…it’s not our country…Malaysia lawan hocky dengan India of course I support Malaysia…that’s an example…To tell you all the truth I dont think my self as an Indian…I’m a Malaysian..that’s what I know..I love my country,the national language …the foods here…everything…why should we fight with each other…siapa yang akan untung..?well there some logical demands made by Hindraf..the gov should consider it…the question invoving etnic cleansing has sounded extereme…maybe the definition does not fall under genocide..what I feel is a matter of language,culture or the religion may go vanish if the gov continue practising the never die b4 attitude..I tak salah kan my malay friends…of course you have advantage in this country not as a Bumi but as the pioneer people who came here…same like MLM lah…saya harap kawan kawan Melayu saya jangan kecil hati…What I know all my Malay friends have been very loving and kind to me throughout the life…I hope the Unity will remain…Hidup Malaysia!!!!!!!
Saya merasakan cuma hak-hak Melayu yang termaktub dalam perlembagaan boleh menjamin kelangsungan hidup Melayu di bumi Malaysia.
Cubalah saudara renungkan betapa dalam sektor swasta pekerja-pekerja berbangsa Melayu telah didiskriminasikan oleh bangsa-bangsa lain. Dari segi pengambilan, kenaikan pangkat malah upah atau gaji bagi bangsa Melayu dan bangsa lain juga berbeza. Buatlah bancian di syarikat-syarikat swasta. Kenapa hal ini tidak didedahkan.