Pendidikan yang Tidak Berguna
Manfaat-manfaat pendidikan adalah ramai. Kita semua tahu bahawa kalau seorang ingin memajukan diri dan mencapai potensi dia, dia mesti mendahului pendidikan.Pendidikan bukanlah pergi sekolah sahaja. Berjuta-juta kanak-kanak pergi ke sekolah tiap-tiap hari, tetapi berapa ramai mereka sebenarnya belajar, dan berapa yang hanya pergi kerana dipaksa?
Inilah masalah dengan sistem pendidikan kita hari ini. Kita paksa kanak-kanak kita pergi sekolah, tetapi kita tidak memastikan mereka betul-betul belajar. Kita mengandaikan bahawa kalau mereka dalam bilik darjah, mereka akan belajar.
Andaian ini jelaslah tidak betul. Guru yang buruk, kurikulum yang buruk, buku teks yang buruk - semua faktor-faktor ini boleh menghalang proses pembelajaran.
Sistem pendidikan kita menggemari memberikan pelajar cebisan-cebisan maklumat untuk buta-buta dihafal. Sama ada dalam kelas bahasa, kelas matematik, kelas sejarah, semuanya sama - kurikulum menggalakkan pelajar buta-buta menghafalkan maklumat, tanpa menggalakkan fikiran kritikal.
Ramai orang memuji sekolah-sekolah Cina kerana mereka sepatutnya lebih cekap dalam mengajar pelajar, tetapi di sekolah Cina pun, semuanya sama. Pelajar-pelajar disuruh menerima apa-apa yang mereka diberitahu menghafal, tanpa apa-apa soalan atau kritikan.
Hakikatnya, apakah guna menghantar anak-anak kita bersekolah? Apakah mereka belajar? Adakah ia berguna? Apa gunanya jika saya tahu tarikh Melaka dijajah oleh Portugis, tetapi saya tidak dapat menganalisasikan situasi sejarah dan sebab-sebab Melaka dijajah?
Selepas tempoh persekolahan berakhir, saya mendapati kebanyakan kita amat ghairah melupakan apa yang kita diajar. Kita semua tahu bahawa cebisan-cebisan maklumat ini tiada guna.
Kita mesti membawa semangat reformasi kepada sistem pendidikan kita. Dalam dunia kompetitif ini, kalau rakyat kita tidak berupaya membuat analisis atau kritikan, negara kita akan layu. Sistem pendidikan kita tidak menggalakkan analisis atau kritikan - ia menggalakkan penghafalan yang buta.
Comments
2 Responses to “Pendidikan yang Tidak Berguna”
Leave a Reply
Is there English translation ?
thanks
DatukGoh.com
Unfortunately not, but I have written numerous articles in the same vein here:
http://www.infernalramblings.com/articles/Malaysian_Education/
The most recent one is:
http://www.infernalramblings.com/articles/Malaysian_Education/691/