Bahasa Malaysia Bahasa Siapa?
Apakah perayaan Malaysia? Jawapannya ternyata: Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, dan sebagainya. Tetapi, tidakkah Hari Natal, Tahun Baru Cina dan Deepavali juga terdapat pada senarai perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia?
Tentulah. Hanya ekstremis yang terlampau akan menafikan fakta ini. Malahan, kerajaan kita telah mengiktiraf perayaan-perayaan ini. Tiap-tiap perayaan ini telah diwartakan sebagai percutian awam.
Tetapi kalau negara kita begitu terbuka, begitu bertoleransi, kenapa kerajaan kita menafikan bahasa Malaysia merupakan suatu bahasa yang diguna oleh rakyat Malaysia?
Barangkalian anda terkejut saya menyatakan ini. Bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi negara kita, kan? Itulah sebab ia dipanggil bahasa Malaysia (walaupun “bahasa kebangsaan” dan “bahasa Melayu” juga telah diguna).
Namun ini, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri terlambat ini enggan memperbaharui lesen Herald (sebuah surat khabar Katolik) oleh kerana ia menerbit satu edisi bahasa Malaysia. Berita CCM, surat khabar Council of Churches Malaysia (Majlis Gereja-gereja Malaysia), juga disuruh berhenti penerbitannya; ia telah diganti oleh CCM News.
Adakah bahasa Malaysia mengancam keselamatan negara kita? Kenapa masyarakat Kristian tidak dibenarkan menggunakan bahasa rasmi negara kita? Apa sebab tindakan ini?
Saya memahami mungkin ada yang gelisah oleh sebab akhbar-akhbar ini gemar menggunakan perkataan “Allah” apabila merujuk kepada tuhan Kristian. Tetapi kalau begitu, mengapa kerajaan tidak cuma suruh akhbar-akhbar ini guna “Tuhan”, dan bukan “Allah”? Mengapakah kerajaan mesti mengharamkan akhbar-akhbar ini?
Ini bukan isu kecil yang hanya menyentuh segelintir rakyat Malaysia. Hampir sepuluh peratus daripada rakyat Malaysia menganut agama Kristian. Saya pasti hampir semua memahami dan mengguna bahasa Malaysia.
Tetapi ini bukan statistik yang paling merisaukan. Statistik yang merisaukan: 5.8% daripada rakyat Malaysia adalah Kristian yang mengguna bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama mereka. Iaitu, sebahagian besar masyarakat ini adalah Bumiputra yang mungkin tidak fasih dalam bahasa Inggeris - mereka perlu bahasa Malaysia.
Apakah guna kita membuat bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara kita kalau masyarakat Bumiputra pun diharamkan daripada mengguna bahasa kebangsaan kita untuk berkomunikasi dengan rakyat Malaysian yang lain? Patutkah kita panggil bahasa ini “bahasa Malaysia” kalau rakyat Malaysia tidak dibenar menggunakannya?
Saya harap anda semua akan renungkanlah hakikat ini. Selamat Hari Natal dan selamat Hari Raya Adiladha.
Comments
3 Responses to “Bahasa Malaysia Bahasa Siapa?”
Leave a Reply
English spoken here please…
DatukGoh, just shut up with your useless comments.
orang melayu mudah lupa….