Herald: Peluang untuk laksanakan hak demokratik kita

BolehGeneral, December 31, 2007

BM, Side notes |

oleh Penarik Beca

Akhirnya akhbar mingguan Katolik, Herald, diizinkan untuk dicetak di dalam Bahasa Malaysia. Ahirudin Attan memetik laporan BBC yang mengisytiharkan kerajaaan Malaysia telah mengalah - “Now the Malaysian government has back-tracked“.
Untuk menggambarkan perasaannya, saya petik terus apa yang ditulis olehnya di dalam Bahasa Inggeris:

So what’s the fatwa, really? Is it still only Muslims who can use Allah or is it free for all now? Can someone in the Hadhari government (other than the junior minister) clear the air, please? I don’t want to end 2007 dazed and confused!

Oleh kerana izin cetak di dalam Bahasa Malaysia diberikan, Malaysiakini memetik Augustine Julian, setiausaha Catholic Bishops’ Conference berkata, “kita boleh meneruskan penggunaan perkataan Allah”.

Laporan Malaysiakini juga menyatakan dengan jelas bahawa kerajaan mengalah - “Gov’t backs down, Herald gets new permit

Tahniah diucapkan kepada penganut agama Kristian yang mendapat apa yang mereka perjuangkan.

Hakikat bahawa Herald dicetak di dalam Bahasa Malaysia dan menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan tentulah menimbulkan kerisauan sebahagian umat Islam bahawa akhbar mingguan itu akan diedarkan juga kepada orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Risau? Tak payahlah. Buang masa sahaja, banyak lagi perkara lain untuk dirisaukan. Banyak lagi kerja lain.

Kalau dicetak di dalam Bahasa Inggeris pun, ia tetap boleh disebarkan kepada orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Saya masih ingat, tahun tujuh puluhan dahulu, adik-beradik saya yang belajar di sekolah Saint Louis di Taiping hampir setiap minggu diberikan risalah-risalah dan majalah-majalah Kristian. Semuanya dalam Bahasa Inggeris dan tampil dalam bentuk yang sangat menarik pula. Saya selalu membaca risalah-risalah dan majalah-majalah itu.

Tidak pula terancam keimanan kami. Jangankan terancam, terusik pun tidak. Itu tidaklah pula bermakna kami hebat dan segala puji bagi Allah s.w.t. jua.

Apa yang penting sekarang, ketika orang-orang Kristian telah mendapat hak mereka, kita juga berhak melaksanakan hak demokratik kita untuk melindungi orang-orang Melayu yang beragama Islam dari terkeliru.

Janganlah menjadi bangsa yang lemah dan sentiasa mengemis kepada kerajaan supaya menghalang itu dan ini. Orang Putih selalu kata, “from no chance to a goal”. Kaki-kaki motivasi Melayu pula selalu berkata, “ancaman kita jadikan peluang” - inilah masanya anda semua perlu membuktikannya.

Sejak beratus-ratus tahun dahulu umat Islam di negara ini telah menghadapi gerakan Christian missionary. Mereka berjaya mempertahankan pegangan agama Islam di kalangan ummah tanpa pergaduhan dan persengketaan.

Lebih dari itu, umat Islam selalu diperlecehkan, lemahkah sangatkah keimanan kamu sehingga kamu menjerit dan menuntut perlindungan dari semua perkara?

Nah, inilah peluang untuk membuktikan bahawa kita tidak lemah. Buktikan kepada siapa? Kepada Allah dan bukan kepada sesiapa pun selain dari-Nya.

Comments

Leave a Reply




Articles We Like

Khairy’s re-interpretation of Islamic value

BolehGeneral, 22 Feb 2008

By Maverick SM
“Yes, religion is important, but there is no point talking about religion when you cannot develop the people and the state, Khairy Jamaluddin said.
“PAS Tok Guru had run the state for a long time but did not know what was going on as he ‘privatises’ everything to Husam Musa.”
“So Husam is not accountable […]

The 5 stages of grief… getting over Fong Po Kuan

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By TheSilo
Fong Po Kuan decided to break up with us. We sent two of our buddies (LKS and LGE) to go and talk to her to try to get her to change her mind, and it looks as though they did try their best. But she remains firm… she thinks we should just be friends.
When […]

What garbage!

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By Zorro
This from our Prime Minister: (bold, my 2 cents take)
“Please trust us – we are your government. (Not for long we pray.)If you look at the economy, we are doing well. That is a fact proven by figures.(4th floor figures?)But people still claim otherwise because of increasing prices. (which will jettison after elections, unless […]

Roses are sinister, at times

BolehGeneral, 18 Feb 2008

by Maverick SM
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi condemned those Indians who wanted to sent roses to him. He said they are illegals and are holding a Hindraf rally.
So far, we had observed, the prime minister had accepted flowers and roses from Puteri UMNO and some other women.
We don’t know why the prime minister had conjured […]

Would you put your TV and Video Recorder up to make a difference?

BolehGeneral, 12 Feb 2008

By chinhuatw
Not going to take the words of the Devil anymore? But many others would still do.
“So, what difference can you make?” The cynic in you asks.
Making meaningful changes in politics is far more easier and safer than many people imagined.
Here is one way that you can make a difference by staying at home. Your […]

Di Sebalik Pengharaman ‘Islam & Pluralisme’

BolehGeneral, 5 Feb 2008

By Nahdah
Beberapa hari lepas saya terbaca di Mstar bahawa ada 11 buah buku yang diharamkan kementerian. Antara yang diharamkan adalah buku Islam & Pluralisme yang dikeluarkan Middle Eastern Graduate Centre (Megc) karangan Al-Mustaqeem Mahmood Radhi.

Saya berkesempatan membaca buku ini hampir dua tahun lepas, sewaktu saya masih lagi di universiti. Buku ini adalah merupakan kompilasi […]