Jenayah Meningkat 43% Sejak Abdullah Menjadi PM

Nathaniel Tan, January 17, 2008

BM, Nat, Columns |

Kita semua kenal seorang yang telah menjadi mangsa jenayah. Sharlinie dan Nurin malangnya hanya mangsa terkini peningkatan kadar jenayah yang menggerikan.

Sejak Perdana Menteri Abdullah Badawi menyandang jawatan, jenayah telah meningkat sebanyak 43%. Di antara 2005 dan 2006, kes ganas meningkat sebanyak 91% dan terus meningkat dalam tahun 2007.

Kes ragut, rompak dan pecah masuk merupakan peningkatan yang paling parah, tetapi kes-kes rogol dan bunuh juga meningkat.

Peliknya, kerajaan fikirkan rakyat yang bersalah dan bertanggungjawab atas peningkatan ini.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Johari Baharum mendakwa bahawa “Kes ragut biasanya berlaku apabila mangsa cuai dengan barang-barang mereka. Sikap ini memberi peluang kepada peragut untuk bertindak.” (The Star, 22/12/06)

Perdana Menteri Abdullah Badawi pula rasakan bahawa rakyat tidak cukup membelanja untuk keselamatan: “Pemilik bangunan atau penghuni akan diwaijbkan membiayai sendiri pemasangan CCTV, termasuk menggaji orang untuk menjaga sistem tersebut.” (The Star, 9/1/08)

Walaubagaimanapun, sudahkah kerajaan memenuhi tanggungjawabnya untuk menjamin keselamatan rakyat?

Kenapa rasanya lebih polis ditugaskan untuk mencari pengedar video lucah Chua Soi Lek dari yang ditugaskan mencari penculik Sharlinie?

Wajarkah 500 pegawai polis ditugaskan menjaga kurang dari 100 orang yang menyertai perhimpunan awam peguam-peguam untuk menyambut Hari Hak-hak Asasi Antarabangsa?

Pimpinan Kementerian Pertahanan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak telah melihat bayaran komisyen hampir RM 1 billion dibayar dalam transaksi kapal selam dan jet kapal terbang.

Komisyen lebih tinggi bermaksud kos lebih tinggi. Oleh itu, rakyat akhirnya yang menanggung beban pembayaran RM 530 million kepada individu-individu seperti Abdul Razak Baginda. Pada masa yang sama, kerajaan kononnya tak cukup duit untuk menjamin keselamatan di kediaman-kediaman kita.

Kita juga mesti tanya jika mana-mana syarikat CCTV yang baru dibentuk akan tiba-tiba untung dengan pengumuman yang berkenaan dengan CCTV.

Mungkin kerajaan akan cukup wang untuk melindungi rakyat jika RM 4.4 billion yang dijimat akibat kenaikan harga petrol tidak dibuang sekaligus dalam pemberian ‘pinjaman lembut’ RM 4.6 billion kepada projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dilanda kejadian rasuah.

Bayangkan beberapa banyak yang dapat dibelanjakan untuk keselamatan asas rakyat sekiranya wang tidak hilang ke dalam lubang-lubang hitam sebegini.

Memandangkan kegagalan-kegagalan pihak berkuasa, rakyat perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjamin keselamatan awam.

Kerajaan harus difahamkan bahawa rakyat memandang serius isu ini. Jika pihak berkuasa gagal bertindak, rakyat terpaksa bergantung kepada peti undi untuk menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan.

Apakah undi kita akan memuji sikap kerajaan terhadap jenayah? Atau akan kita memaklumkan dengan jelas kehendak rakyat untuk sebuah Malaysia yang aman dan selamat?

Comments

4 Responses to “Jenayah Meningkat 43% Sejak Abdullah Menjadi PM”

  1. mohd nor abdul manaf on January 28th, 2008 7:12 pm

    jenayah meningkat kerana terlalu banyak pendatang tanpa izin berada di malaysia dan apabila mereka tak ada kerja maka mereka akan merompak dan melakukan jenayah untuk mendapatkan duit. Kerajaan harus memberi keutamaan kepada orang kita dulu sebelum memberi orang dari negara lain datang ke negara ini untuk bekerja. Mereka membawa lebih banyak masalah dari kebaikan.
    sekian.

  2. Hafiz on January 30th, 2008 11:05 pm

    Itu tidak benar. Majoriti jenayah yang terlapor dilakukan oleh orang tempatan.

  3. salina on January 31st, 2008 11:27 pm

    Harga barang yang semakin meningkat, petrol dan tol yang tak henti 2 meningkat, sedangkan gaji tidak meningkat seberapa mana hanya akan mengundang stress dalam keluarga dan masyarakat. Manusia semakin sibuk mencari rezeki siang dan malam menyebabkan keluarga terabai. Ini menyebabkan anak2 terbiar dan diculik, suami isteri bercerai berai, anak2 terjebak dadah dsb nya. Tiada lagi ketenangan dan keharmonian..Yang kaya takkan tahu kesusahan yang miskin dan yang sederhana hidup kais pagi makan pagi. Wahai pemimpin, ada sesuatu yang tak kena di Malaysia ini. Rasuah politik , polis menjadi2. Macam mana nak selesaai kes jenayah berat kalau polis tak bersih, cekap, jujur dan amanah.

  4. ridho fadhliy on April 17th, 2008 4:44 pm

    saya sokong pndapat hafiz. jgn dsebabkan mreka org asing, mreka dpandang hina sbgitu rupa. spatutnya kita sdar. tanpa org asing, sgala pmbangunan sprti klcc n sbgnya tdak akan dpt dibina. mreka juga manusia biasa yg inginkan pndapatan utk mnampung hidup. n majoriti jnayah yg dilaporkan smmngnya dr wrga tmpatan sndiri.

Leave a Reply




Articles We Like

Khairy’s re-interpretation of Islamic value

BolehGeneral, 22 Feb 2008

By Maverick SM
“Yes, religion is important, but there is no point talking about religion when you cannot develop the people and the state, Khairy Jamaluddin said.
“PAS Tok Guru had run the state for a long time but did not know what was going on as he ‘privatises’ everything to Husam Musa.”
“So Husam is not accountable […]

The 5 stages of grief… getting over Fong Po Kuan

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By TheSilo
Fong Po Kuan decided to break up with us. We sent two of our buddies (LKS and LGE) to go and talk to her to try to get her to change her mind, and it looks as though they did try their best. But she remains firm… she thinks we should just be friends.
When […]

What garbage!

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By Zorro
This from our Prime Minister: (bold, my 2 cents take)
“Please trust us – we are your government. (Not for long we pray.)If you look at the economy, we are doing well. That is a fact proven by figures.(4th floor figures?)But people still claim otherwise because of increasing prices. (which will jettison after elections, unless […]

Roses are sinister, at times

BolehGeneral, 18 Feb 2008

by Maverick SM
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi condemned those Indians who wanted to sent roses to him. He said they are illegals and are holding a Hindraf rally.
So far, we had observed, the prime minister had accepted flowers and roses from Puteri UMNO and some other women.
We don’t know why the prime minister had conjured […]

Would you put your TV and Video Recorder up to make a difference?

BolehGeneral, 12 Feb 2008

By chinhuatw
Not going to take the words of the Devil anymore? But many others would still do.
“So, what difference can you make?” The cynic in you asks.
Making meaningful changes in politics is far more easier and safer than many people imagined.
Here is one way that you can make a difference by staying at home. Your […]

Di Sebalik Pengharaman ‘Islam & Pluralisme’

BolehGeneral, 5 Feb 2008

By Nahdah
Beberapa hari lepas saya terbaca di Mstar bahawa ada 11 buah buku yang diharamkan kementerian. Antara yang diharamkan adalah buku Islam & Pluralisme yang dikeluarkan Middle Eastern Graduate Centre (Megc) karangan Al-Mustaqeem Mahmood Radhi.

Saya berkesempatan membaca buku ini hampir dua tahun lepas, sewaktu saya masih lagi di universiti. Buku ini adalah merupakan kompilasi […]