Adakah anda mudah lupa?

Soon Li Tsin, January 29, 2008

BM, Li Tsin, Columns |

Adakah anda mudah lupa?

Saya tidak. Malah, saya mengingati pelbagai perkara yang pernah berlaku berpuluh-puluh tahun dahulu. Ini merupakan pendirian saya, bahawa ada banyak isu-isu yang takkan saya lupai.

Saya masih ingat kezaliman Dr Mahathir Mohamad dahulu lagi bila saya berumur 15 tahun. Masa itu juga ada krisis jerebu, krisis kewangan and peperiksaan Penilaian Menengah Rendah bagi saya. Itu juga merupakan zaman reformasi selepas Anwar Ibrahim dipecat.

Saya ingat program inflasi sifar serta program belilah barangan buatan Malaysia. Masa itu, tiada lagi barangan berkualiti dalam pasaran kerana barangan kita memang teruk sekali. Banyak ibubapa kawan-kawan saya yang kehilangan kerja kerana mereka ada pertalian dengan Anwar. Masa itu saya mula memahami macam mana krisis kewangan menyebabkan banyak syarikat-syarikat tutup kedai tetapi juga sebilangan daripada itu yang dibeli keluar oleh kerajaan. Itu kali pertama saya belajar perkataan-perkataan seperti kronisme and nepotisme.

Selepas itu, saya masih ingat beratus-ratus orang yang berkumpul dekat mahkamah-mahkamah di Dataran Merdeka semasa kes-kes Anwar di jalani. Saya akan berada berdekatan dalam kelas politik saya semasa A Level dan pensyarah saya akan rasa bimbang bila kedengaran laungan ‘Reformasi’ yang cukup kuat itu tetapi tidak pernah sesekali saya ataupun kawan-kawan terasa takut atau mengalami sebarang rusuhan.

Zaman kezaliman Mahathir telah berakhir dengan pengagihan kuasa kepada Abdullah dan saya masih ingat Mahathir menangis di depan beribu-ribu orang pada bulan Jun dalam 2001. Peristiwa itu berlaku pada hari jadi saya, itulah sebab saya mengingati perkara itu dengan jelas sekali. Semasa saya belajar di United Kingdom, saya masih mengingati kepada janji-janji Abdullah Ahmad Badawi pada masa pilihanraya umum tahun 2004. Pada masa itu, saya percaya bahawa Pak Lah akan membawa perbezaan kepada negara. Janji-janji beliau untuk membersihkan sistem dan membanteras korupsi amat sedap di dengar.

Malangnya selepas 4 tahun, janji-janji beliau masih belum di kotai. Saya bukan seperti blogger-blogger yang lain yang sudah melupai kejahatan Mahathir dari dahulu lagi dan saya tentu masih belum melupakan janji-janji kosong Perdana Menteri kita.

Mereka mungkin mudah lupa kerana dipengaruhi oleh kata-kata baru mereka tetapi saya hendak berdegil. Saya tidak akan melupakan perkara yang lampau - dari dulu lagi dan untuk kini dan selamanya.

Comments

4 Responses to “Adakah anda mudah lupa?”

  1. katataknak on January 29th, 2008 1:43 pm

    Saya masih ingat itu semua. Saya Melayu, tapi saya tidak mudah lupa.

  2. mohdnasir on January 31st, 2008 5:01 pm

    Memang ada yang lupa tapi ada yang juga tak lupa. Semua ini lumrah alam di mana. Janji memang sedap didenagr tapi hakikatnya banyak habuk taraak..

    So what do we do now. Must we forget or forgot???

  3. ilarin on March 10th, 2008 11:21 am

    memikirkan kekejaman pemimpin tidak berbaloi tetapi pikirkan kekejaman rakyat yang telah belot pada bangsa sendiri sehingga berpijak di negeri orang walaupun hakikatnya negeri ini dan negara ini adalah TANAH MALAYA!

  4. izhan on April 8th, 2008 3:19 pm

    Mahathir telah menghapuskan biasiswa, BN telah merompak hasil minyak negeri terengganu, sehinggakan saya seorang pelajar yang berjaya memasuki universiti tidak dapat memperolehi biasiswa. Terpaksalah mengambil pinjaman hutang dgn MARA.Ini semua polisi MAHA-BN yang mencengkam rakyat untuk berfikir.

    Saya msih ingat lagi, ayah saya seorang penjaul kedai runcit kecil di sebuah kampung nelayan di terengganu, setiap kalai riubut ayah akan memanjat tiang rumah ke bumbung untuk mengikat atap nipah ..

    saya telah belajar bersungguh2 sehingga memperolehi 5A, namun kerajaan negeri hanay dapat memberi Rm100 sebagai hadiah saguhati. Negeri kaya, semua KAU (Org-org BN) membaham hak aku ! Aku tidak akan lupa ….

Leave a Reply




Articles We Like

Khairy’s re-interpretation of Islamic value

BolehGeneral, 22 Feb 2008

By Maverick SM
“Yes, religion is important, but there is no point talking about religion when you cannot develop the people and the state, Khairy Jamaluddin said.
“PAS Tok Guru had run the state for a long time but did not know what was going on as he ‘privatises’ everything to Husam Musa.”
“So Husam is not accountable […]

The 5 stages of grief… getting over Fong Po Kuan

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By TheSilo
Fong Po Kuan decided to break up with us. We sent two of our buddies (LKS and LGE) to go and talk to her to try to get her to change her mind, and it looks as though they did try their best. But she remains firm… she thinks we should just be friends.
When […]

What garbage!

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By Zorro
This from our Prime Minister: (bold, my 2 cents take)
“Please trust us – we are your government. (Not for long we pray.)If you look at the economy, we are doing well. That is a fact proven by figures.(4th floor figures?)But people still claim otherwise because of increasing prices. (which will jettison after elections, unless […]

Roses are sinister, at times

BolehGeneral, 18 Feb 2008

by Maverick SM
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi condemned those Indians who wanted to sent roses to him. He said they are illegals and are holding a Hindraf rally.
So far, we had observed, the prime minister had accepted flowers and roses from Puteri UMNO and some other women.
We don’t know why the prime minister had conjured […]

Would you put your TV and Video Recorder up to make a difference?

BolehGeneral, 12 Feb 2008

By chinhuatw
Not going to take the words of the Devil anymore? But many others would still do.
“So, what difference can you make?” The cynic in you asks.
Making meaningful changes in politics is far more easier and safer than many people imagined.
Here is one way that you can make a difference by staying at home. Your […]

Di Sebalik Pengharaman ‘Islam & Pluralisme’

BolehGeneral, 5 Feb 2008

By Nahdah
Beberapa hari lepas saya terbaca di Mstar bahawa ada 11 buah buku yang diharamkan kementerian. Antara yang diharamkan adalah buku Islam & Pluralisme yang dikeluarkan Middle Eastern Graduate Centre (Megc) karangan Al-Mustaqeem Mahmood Radhi.

Saya berkesempatan membaca buku ini hampir dua tahun lepas, sewaktu saya masih lagi di universiti. Buku ini adalah merupakan kompilasi […]