Kritikan dan Pembangkang

John Lee, February 8, 2008

BM, John, Columns |

Saya kerap menerbit kritikan pihak kerajaan. Bagi saya, kita mestilah jujur dalam mendekati negara dan kerajaan kita. Apalah guna membohong kepada diri sendiri? Nantilah kita sendirilah yang bermasalah, bukan orang yang lain.

Dalam ini saya pasti saya bukan tersendiri sahaja. Media alternatif dan penyokong pembangkang mengikut fikiran ini tiap-tiap hari. Kita
semua bersetuju: jika kita mahu memajukan negara, kita mesti mengetahui masalah yang menimpa negara dan kerajaan kita.

Pemimpin-pemimpin dalam kerajaan kita kerap kata balik, “Kami tahu tiada kerajaan di dunia ini yang sempurna, tetapi janganlah menentang
kerajaan. Tolonglah kami membina dan memajukan negara.”

Tentulah respons saya dan respons pihak pembangkang jadi, “Tetapi kritikan konstruktif ialah penolongan, tidak? Tidakkah awak
bertanggungjawab untuk mendengar kritikan dan pendapat rakyat? Kenapa awak tidak mengendahkan mereka?”

Kita bukan menentang kerajaan. Kalau kerajaan mendengar dan menangani masalah yang kita mengemukakan, kita tentulah menyokong kerajaan. Siapa akan menentang kerajaan yang menghapuskan rasuah dan korupsi, kerajaan yang cekap dalam pentadbiran? Tiada seseorang pun. Tetapi kerana kerajaan tidak mengendahkan kita, kita mesti memperbaiki kerajaan kita dengan menggantikannya.

Kebenaran hujah ini sukar dinafi. Tetapi apabila saya mengkritikan pihak pembangkang, saya dengar respons yang sama! Pembangkang dan
penyokongnnya katalah “Eh, kenapa awak mengkritik kami! Kami bukan sempurna, tetapi kita mesti fokus pada mengalahkan BN-lah, bukan pada mengkritik-kritik pihak sendiri!”

Saya bersimpati dengan sentimen ini, tetapi saya tidak bersetuju. Kalau kita mahu membawa perubahan kepada negara kita, kalau kita mahu
kerajaan baru yang akan mengendahkan rayuan rakyat, kita mesti selalu mengkritik diri sendiri.

Kita tidak boleh buat seolah-olah kita buta kepada kesalah dan ketidaksempurnaan diri kita. Kalau kita membuat demikian, kita dan BN
jadilah sama sahaja - dua-dua enggan memperbaiki diri sendiri.

Ada orang yang berasa kritikan harus dielak kerana ini mungkin membuat pengundi menyokong BN. Ini benar - tetapi apalah kegunaan membohong kepada para pengundi? Kalau pembangkang mahu berbohong, tiadalah guna menyokong pembangkang.

Kritikan saya bukan dituju terhadap orang ramai. Saya berpendapat bahawa walaupun pihak pembangkang mempunyai ramai ketidaksempurnaan, lebih baik menyokong pembangkang daripada menyokong BN. Kritikan saya dituju kepada pihak pembangkang, supaya mereka dapat terus memperbaiki diri sendiri dan terus melawan BN. Kalau tiada kritikan, tiadalah kemajuan.

Comments

One Response to “Kritikan dan Pembangkang”

  1. didi on May 31st, 2008 3:39 pm

    saya ni bukanlah ahli politik atau pun kelompok yang bergiat aktif dalam politik.saya hanya seorang rakyat malaysia yang cintakan keamanan dan kemajuan negara sendiri.PRU kali ini amat mengejutkan semua pihak dan diri saya sendiri tidak terkecuali.semua orang sibuk berbincang tentang keputusan PRU yang dikatakan sebagai `TSUNAMI`.
    Pihak kerajaan sibuk menuding jari sesama sendiri.Pihak pembangkang pula secara tiba-tiba berasa gah dengan kejayaan yang cemerlang terutamanya dengan kejayaan menawan pulau pinang,kedah,selangor dan perak.pihak pembangkang terutamanya keadilan sudah bercita cita untuk merampas tampuk pemerintahan daripada barisan nasional dengan menguar-uarkan keinginan mereka unruk melobi YB2 di sabah dan sarawak.
    saya rasa keputusan PRU kali ini lebih memberi faedah kepada barisan nasional.di pihak barisan nasional,kekalahan ini telah `menampar` pemipin2 barisan nasional dan telah menyebabkan mereka sedar dari keselesaan.kesedaran ini telah mewujudkan satu semengat juang dan keazaman yang mantap untuk mereka kembali berjuang di landasan yang betul.tidak mustahil pada PRU 13 nnt,barisan nasional akan memperoleh kemenangan yang besara dan mungkin akan merampas kelantan dari tangan pembangkan.
    kekalahan yang teruk telah menukar minda pemimpin barisan nasional menjadi minda pembangkang.strategi2 yang mantap pasti akan dirancang untuk menebus kehampaan pada PRU 12.
    pas,dap, dan pkr dengan tidak sengaja telah menunjujkkan satu persepsi yang buruk kepada rakyat m`sia.ok,biar saya terang satu persatu.

    PAS
    pas telah mencanang ke seluruh pelusuk negeri yang nereka memperjuangkan ISLAM.Strategi sebegini talah membolehkan mereka mendapat sokongan yang kuat dari kalangan pengundi melayu.hal ini kerana agama islam amat sinonim dengan kaum melayu.Untuk menguatkan lagi sokongan rakyat,mereka menuduh umno kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan ISLAM.tapi apa yang terjadi selepas PRU12?Pas telah bekerjasama dengan DAP(ORANG KAFIR) di perak,Pulau Pinang dan selangor semata mata ingin mendapat kuasa.ini secara tidak langsung telah memberi gambaran bahawa pemipin2 pas hanya menggunakan agam suci ISLAM untuk mendapat kuasa yang mereka inginkan tanpa mempedulikan perasaan pengundi2 setia mereka.apa sudah jadi PAS?

    PKR
    Parti yang paling saya benci.Parti yang paling kuat membohong rakyat.Pati yang tertubuh kerana Anwar.Saya berpendapat bahawa ahli2 PKR BUTA dan BODOH.kenapa saya berkata sedemikian?USA dan Israel(YAHUDI LAKNATULLAH) secara terang-terangan memberi sokongan yangpenuh kepada Anwar,pemimpin PKR.tidak kah ahli2 PKR tahu apa kesan yang akan timbul sekiranya Anwar berpeluang menjadi PM?wahai ahli2 PKR,Buka mata dan minda kamu.kepada Rakyat2 selangor,bergembira lah dengan tertubuhnya ladang babi yang bernila RM100 juta(Nilai yang cukup untuk memberi imbuhan RM1000 kepada anak2 selangor di universiti dan memberi air percuma untuk jangka masa pyang panjang)

    DAP
    terang-terangan memainkan sentimen perkauman dengan keceluparan pemimpin2 mereka di dewan rakyat.DAP,jangan bermain dengan api.Kesabaran Orng melayu ada Hadnya.orang melayu takkan benarkan parti ini terus berkuasa.

    orang2 melayu,sedarlah kamu semua.kaum lain sedang berusaha untuk menghapuskan keistimewaan kaum melayu.kenapa orang melayu mesti berpecah?cuba satukan perjuangan,mantapkan perpaduan sesama kita.PAS,PKR da UMNO haus dihapuskan dan bina satu parti yang datap menyatukan semua orang melayu.jangan menyesal kemudian kerana penyesalan itu sudah tidak beerti.

Leave a Reply




Articles We Like

Khairy’s re-interpretation of Islamic value

BolehGeneral, 22 Feb 2008

By Maverick SM
“Yes, religion is important, but there is no point talking about religion when you cannot develop the people and the state, Khairy Jamaluddin said.
“PAS Tok Guru had run the state for a long time but did not know what was going on as he ‘privatises’ everything to Husam Musa.”
“So Husam is not accountable […]

The 5 stages of grief… getting over Fong Po Kuan

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By TheSilo
Fong Po Kuan decided to break up with us. We sent two of our buddies (LKS and LGE) to go and talk to her to try to get her to change her mind, and it looks as though they did try their best. But she remains firm… she thinks we should just be friends.
When […]

What garbage!

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By Zorro
This from our Prime Minister: (bold, my 2 cents take)
“Please trust us – we are your government. (Not for long we pray.)If you look at the economy, we are doing well. That is a fact proven by figures.(4th floor figures?)But people still claim otherwise because of increasing prices. (which will jettison after elections, unless […]

Roses are sinister, at times

BolehGeneral, 18 Feb 2008

by Maverick SM
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi condemned those Indians who wanted to sent roses to him. He said they are illegals and are holding a Hindraf rally.
So far, we had observed, the prime minister had accepted flowers and roses from Puteri UMNO and some other women.
We don’t know why the prime minister had conjured […]

Would you put your TV and Video Recorder up to make a difference?

BolehGeneral, 12 Feb 2008

By chinhuatw
Not going to take the words of the Devil anymore? But many others would still do.
“So, what difference can you make?” The cynic in you asks.
Making meaningful changes in politics is far more easier and safer than many people imagined.
Here is one way that you can make a difference by staying at home. Your […]

Di Sebalik Pengharaman ‘Islam & Pluralisme’

BolehGeneral, 5 Feb 2008

By Nahdah
Beberapa hari lepas saya terbaca di Mstar bahawa ada 11 buah buku yang diharamkan kementerian. Antara yang diharamkan adalah buku Islam & Pluralisme yang dikeluarkan Middle Eastern Graduate Centre (Megc) karangan Al-Mustaqeem Mahmood Radhi.

Saya berkesempatan membaca buku ini hampir dua tahun lepas, sewaktu saya masih lagi di universiti. Buku ini adalah merupakan kompilasi […]