Ke arah tanah yang lebih subur

Mohd Hafiz Noor Shams, March 14, 2008

BM, Hafiz, Columns |

Walaupun bertahun sudah berlalu, teringat lagi bagaimana rasanya pertama kali melangkah ke Kolej Melayu. Institusi itu menjanjikan satu masa hadapan yang cerah kepada mereka berpeluang menjejakkan kaki di situ. Peluang bagaimanapun datang dengan satu perubahan pahit yang perlu ditelan. Untuk mencapai bintang-bintang di langit, segala kebebasan dan kemewahan yang dinikmati sebelum ini harus dilupakan. Masalah untuk menyesuaikan diri timbul; perasaan gementar menguasai jasad. Setiap hari baru dimaki hamun, hari yang sebelum dikenang. Apabila tiba masa untuk meninggalkan Kuala Kangsar, tanpa disedari air mata berlenang di pipi.

Perkara yang sama berlaku apabila diri ini pertama kalinya merentasi Lautan Pasifik yang luas. Sekali lagi perubahan berlaku dan rutin kehidupan dimusnahkan tanpa belas kasihan. Ketakutan menyelubungi tubuh memikirkan apa yang bakal didepani. Amat berbeza daripada Kuala Kangsar, di Amerika adalah satu masyarakat asing tetapi jauh lebih matang dan moden, tatkala dahulu terbiasa dengan satu dunia di bawah tempurung, di mana kita kononnya tuan. Tetapi diketahui, di sebalik perubahan itu wujud satu peluang untuk dikecapi. Perubahan itu harus ditempuhi.

Lebih 50 tahun selepas Tanah Melayu bebas dari tangan penjajah, Malaysia sekarang melalui satu perubahan yang layak dicatat di dalam buku sejarah. Kawan dan lawan semuanya terkejut akan terbukanya satu pintu baru ke arah matlamat agung.

Untuk mencapai kejayaan, pengorbanan diperlukan. Pintu terbuka dan kelihatan satu denai ke tanah yang juah lebih subur; kekabut dibersihkan oleh sang angin dan hala tuju kini jelas. Akan tetapi, denai itu mendaki gunung-ganang dan merentasi hutan belukar; usaha dan kecekalan diperlukan.

Untuk yang bercita-cita tinggi dan yang berkeyakinan, halangan itu bukan masalah. Tetapi ada yang was-was. Mereka takut untuk mencuba walaupun satu takdir yang agung daripada apa yang berada di sini menanti di sebalik banjaran. Bagai dipukau oleh dongengan, denai dijauhi. Bukan sahaja mereka takut malah mereka menghalang yang lain dari meniti denai itu. Mereka takut jika yang lain berjaya, dongengan itu akan musnah. Bagi mereka, dongengan itu terlampau suci untuk dicabar.

Ribuan tahun menetap di kampung, realiti dunia mula dilupakan. Jaguh kampung meneriak ke dunia tentang hebatnya dia, walaupun dia tidak pernah keluar kampung. Dunia berubah tetapi dia tetap dengan caranya yang kolot dan tegar. Dia tidak mampu memahami perubahan lalu dia menolak realiti baru sebagai tidak relevan. Kesian tetapi yang sedar tidak mampu untuk menunggu mereka yang tidur, mereka yang masih lagi dibuaikan oleh penjaga yang tidak mahu kehilangan pekerjaan.

Dunia sekarang jauh berbeza dari dunia 1970-an. Jika dulu kita memperkatakan tentang Vietnam, sekarang kita berbincang tentang Iraq. Jika dahulu kita masih lagi berdebat tentang jenis hak pemilikan harta, kini pasaran bebas membuktikan kegagahannya. Pada masa yang sama, telegram memberi laluan kepada internet. Dan jika dahulu rakyat masih mempunyai prasangka buruk terhadap mereka yang berlainan warna kulit, sekarang satu idea menyatukan semua tanpa mengira agama dan kaum.

Dasar Ekonomi Baru dibentuk berlatarkan satu suasana yang asing kepada generasi baru. Suasana itu adalah satu situasi di mana ekonomi dunia masih berdiri secara berasingan. Modal dan buruh terkongkong lalu kekayaan dan kesejahteraan boleh dibina di atas sebidang tanah yang dikelilingi tembok tinggi. Apabila Tembok Berlin tersungkur, arus globalisasi mula terpasang. Pasaran mula bebas, modal dan pakar mula mencari pulangan terbaik tanpa mengira sempadan.

DEB gagal mengambil kira akan perubahan ini. Tembok yang membolehkan DEB berjaya telah dilanggar dan kemudian diranapkan oleh gelombang globalisasi. Tanpa tembok ini, kaedah DEB tidak berkesan. Sekatan dan diskriminasi yang dikenakan oleh dasar lapuk itu hanya menghalaukan modal dan pakar keluar dari negera kita; DEB adalah antara sebab mengapa Malaysia mengalami kehilangan kepakaran secara berterusan. Di dalam jangka masa panjang, Malaysia akan gagal untuk mencapai bintang di langit jika kita tidak berubah. Kita perlu menarik yang terbaik ke negara kita, bukan menghalau mereka.

Tambahan lagi, DEB gagal kerana dasar itu tidak mengajar kumpulan yang ingin dibantunya tentang cara untuk bersaing dengan sihat. Apa yang pada mulanya satu usaha untuk mempercepatkan kematangan kini menjadi dadah yang menguatkan ketagihan.

Setelah sekian lama berada bersama DEB, ramai yang sudah ketagih dengannya. Ramai lagi yang sedia mempertahankan dasar lapuk itu walaupun rekahan mula mengacam untuk merobohkan menara yang terbina, seolah-oleh DEB itulah segala-gala. Seolah-olah, DEB itulah kebenaran untuk sepanjang masa seperti konsep kewujudan ketuhanan tanpa permulaan dan pengakhiran.

Kita sebagai masyarakat perlu prihatin terhadap perubahan. Tanda-tanda disekitar kita perlu diambil kira; tumbuhan yang dulu menghijau ini layu dan kuning; bumi yang kaya dahulu kini kering kontang. Untuk mengelakkan kejatuhan tamadun, satu penghijrahan diperlukan. Kita perlu mengatasi ketagihan kerana ketagihan membawa kepada kejatuhan. Ayuh kita bergegas ke tanah yang lebih subur sebelum terlambat.

Comments

2 Responses to “Ke arah tanah yang lebih subur”

  1. The Politics of Race. « Coretan Hidup on March 15th, 2008 8:49 am

    […] end my short post with another qoute (in bahasa) from Bolehland’s latest article written by Hafiz Noor. Setelah sekian lama berada bersama DEB, ramai yang sudah ketagih dengannya. […]

  2. the __earthinc » Blog Archive » [1588] Mengenai tanah yang lebih subur on March 16th, 2008 8:38 pm

    […] p/s satu versi tulisan ini telah diterbitkan di Bolehland. […]

Leave a Reply




Articles We Like

Khairy’s re-interpretation of Islamic value

BolehGeneral, 22 Feb 2008

By Maverick SM
“Yes, religion is important, but there is no point talking about religion when you cannot develop the people and the state, Khairy Jamaluddin said.
“PAS Tok Guru had run the state for a long time but did not know what was going on as he ‘privatises’ everything to Husam Musa.”
“So Husam is not accountable […]

The 5 stages of grief… getting over Fong Po Kuan

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By TheSilo
Fong Po Kuan decided to break up with us. We sent two of our buddies (LKS and LGE) to go and talk to her to try to get her to change her mind, and it looks as though they did try their best. But she remains firm… she thinks we should just be friends.
When […]

What garbage!

BolehGeneral, 19 Feb 2008

By Zorro
This from our Prime Minister: (bold, my 2 cents take)
“Please trust us – we are your government. (Not for long we pray.)If you look at the economy, we are doing well. That is a fact proven by figures.(4th floor figures?)But people still claim otherwise because of increasing prices. (which will jettison after elections, unless […]

Roses are sinister, at times

BolehGeneral, 18 Feb 2008

by Maverick SM
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi condemned those Indians who wanted to sent roses to him. He said they are illegals and are holding a Hindraf rally.
So far, we had observed, the prime minister had accepted flowers and roses from Puteri UMNO and some other women.
We don’t know why the prime minister had conjured […]

Would you put your TV and Video Recorder up to make a difference?

BolehGeneral, 12 Feb 2008

By chinhuatw
Not going to take the words of the Devil anymore? But many others would still do.
“So, what difference can you make?” The cynic in you asks.
Making meaningful changes in politics is far more easier and safer than many people imagined.
Here is one way that you can make a difference by staying at home. Your […]

Di Sebalik Pengharaman ‘Islam & Pluralisme’

BolehGeneral, 5 Feb 2008

By Nahdah
Beberapa hari lepas saya terbaca di Mstar bahawa ada 11 buah buku yang diharamkan kementerian. Antara yang diharamkan adalah buku Islam & Pluralisme yang dikeluarkan Middle Eastern Graduate Centre (Megc) karangan Al-Mustaqeem Mahmood Radhi.

Saya berkesempatan membaca buku ini hampir dua tahun lepas, sewaktu saya masih lagi di universiti. Buku ini adalah merupakan kompilasi […]